Anwar beri bayangan MOU bakal gagal, dakwa kerajaan lembap

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan berkemungkinan perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan bakal menemui kegagalan pada ketika krisis politik di Melaka tercetus baru-baru ini.

Anwar yang juga cikgu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa proses pelaksanaan janji-janji dalam perjanjian MOU tersebut lembap dan tidak berjalan mengikut syarat yang dipersetujui, malah menuduh ia seakan-akan sengaja dilengah-lengahkan.

“Saya nak jelaskan di sini kepada menteri untuk membetulkan kenyataannya bahawa (MOU) ada kemajuan, meredakan suhu politik yang kami sokong pada awalnya.

“Tetapi saya nak nyatakan pada hari ini, kami tidak berpuas hati (dengan perkembangan MOU tersebut) kerana ia lembap dan sengaja dilengah-lengahkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini semasa perbahasan.

Ahli Parlimen (MP) Port Dickson itu juga mendakwa beberapa keputusan kerajaan dibuat juga membelakangkan semangat perjanjian MOU yang dimerterai, ia berkemungkinan merujuk kepada beberapa kes pendakwaan di mahkamah yang menyaksikan beberapa pemimpin utama UMNO terlepas daripada hukuman.

“Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi, transparency (ketelusan) dan semangat untuk bekerjasama seperti disebut oleh perdana menteri,” katanya lagi.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani MOU Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 Sept lalu sebagai langkah meredakan kemelut politik yang dicetuskannya bersama Zahid.

MOU berkenaan menjanjikan pembaharuan pentadbiran. Antara lain melibatkan pembaharuan parlimen dan kebebasan institusi kehakiman.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Selain itu, Anwar juga dikaitkan pakatan dengan Zahid sebelum ini selepas penularan klip audio kedua-dua mereka pada April lalu.

Zahid juga mengetuai kumpulan 15 MP UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin yang menyaksikan jatuh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

BERITA BERKAIT
POPULAR