Anwar berangan jadi PM lagi, jangka Dr Mahathir akan demam selepas 19 Nov

November 7, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah angan-angan bakal menjadi Perdana Menteri (PM) Ke-10 selepas 19 November walaupun sudah berkali-kali gagal dalam usahanya sebelum ini.

Tidak salah untuk untuk Presiden PKR itu memasang angan-angan kerana setiap orang mempunyai impian masing-masing, bagaimanapun kali ini Anwar meramalkan bekas PM dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad akan demam sekiranya beliau berjaya dilantik sebagai pemimpin nombor satu negara selepas PRU-15 ini.

“Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan ‘demam’ kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.

“Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat,” katanya dipetik laporan media semasa berceramah pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang semalam.

Anwar kata sudah terlalu banyak bersabar dengan Dr Mahathir, malah membidas balik dakwaan kononnya wujud kerjasama sulit dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga anak muridnya.

“Paling terbaru beliau (Dr Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO).

“Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya?

“Saya telah banyak bersabar dengan beliau (Dr Mahathir) tetapi sekarang beliau mengatakan bahawa beliau tidak menyokong PH kerana kita bekerjasama dengan Zahid,” katanya lagi.

Untuk rekod, umum mengetahui Anwar sentiasa mendakwa dirinya memiliki majoriti kukuh untuk menjadi PM, bagaimanapun sehingga hari ini masih gagal untuk menjadi PM apabila tidak mempunyai cukup sokongan.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok