Anwar ‘bakul sampahkan’ agenda reformasi institusi : MUDA

June 27, 2023 · Politik

Bekas rakan kerjasama pilihan raya Pakatan Harapan, MUDA mendakwa pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mengabaikan agenda reformasi institusi yang disuarakan gabungan itu sebelum ini.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi berkata tindakan MUDA bergerak solo kali ini untuk menyedarkan negara tentang isu yang melanda pentadbiran kerajaan campuran BN-PH itu.

Beliau menyentuh beberapa tindakan pentadbiran hari ini yang dilihat tidak selari dengan perjuangan asal gabungan itu.

Ini termasuk lantikan politik terhadap ahli parti dan ahli keluarga untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menutup mulut dalam soal dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan BN.

Malah Amir turut menyentuh soal tiada pendakwaan dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) dan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang menolak usul Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membahaskan isu itu.

“Reformasi institusi termasuk lantikan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Parlimen yang kita suarakan dulu dibakul sampahkan.

“Akhirnya (Tan Sri) Azam Baki yang ditentang dahulu dilantik semula. Siapa yang boleh nafikan perkara-perkara ini? Silakan,” katanya, lapor FMT.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
MP Gua Musang pula sokong Anwar, demi kebajikan rakyat terbela
November 8, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok