Anwar arah audit forensik pemilihan PKR dipercepat

June 16, 2022 · Politik

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar laporan siasatan audit forensik Pemilihan PKR 2022 dipercepatkan dan tidak berlarutan, bagi membolehkan PKR mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar yang menang tanpa bertanding sebagai presiden bagi penggal 2022 hingga 2025 dalam Pemilihan PKR kali ini menjelaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Dr Zaliha Mustafa telah meminta pimpinan pusat supaya diberikan sedikit tempoh tambahan bagi meneliti semua aduan yang diterima pihaknya, lapor Bernama.

“Kemudian dilakukan juga audit yang teliti oleh syarikat audit yang bebas, kerana sementara sistem dipertahankan tetapi mungkin dikesan beberapa pelanggaran peraturan di bawah. Jika ada persolan, kita kan teliti. Jadi ini kekuatan kita sebagai parti,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, hari ini.

Justeru beliau berkata pimpinan pusat yang bersidang minggu lepas telah mengusulkan agar Kongres Nasional Tahunan PKR yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 26 Jun ini ditangguhkan ke 15 hingga 17 Julai depan bagi membolehkan notis dua minggu diberikan selepas pengumuman muktamad oleh JPP.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Zaliha memaklumkan laporan siasatan audit forensik Pemilihan PKR dijangka dibentangkan kepada JPP, Ahad ini berikutan Pasukan Pakar Digital yang dilantik kini masih dalam proses menyiapkan laporan berkenaan.

Sementara itu, Anwar melihat keputusan pemilihan sebagai mesej jelas PKR memerlukan lonjakan baharu untuk membawa perubahan lebih positif dan parti yang berhasrat membawa perubahan mesti mempunyai dukungan kuat daripada rakyat dan memiliki satu suara dalam memungkinkan reformasi itu.

Antara keputusan tidak rasmi yang dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022, Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden dengan memperoleh sebanyak 68,451 undi berbanding Saifuddin dengan 48,223 undi.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok