Anwar akui PKR dihina DAP dalam PRN Sarawak, diberi kerusi sukar menang

December 5, 2021 · Politik

Rakan komponen parti Pakatan Harapan (PH) didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina PKR di Sarawak apabila diberikan kerusi yang sukar dimenangi untuk mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12.

Ketua Pembangkang itu mengeluh tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR, walaupun tidak menamakan rakan parti tersebut tetapi dipercayai Anwar merujuk kepada DAP yang dilihat lebih dominan dalam menentukan pemilihan kerusi dalam PRN Sarawak.

“Kerusi yang lebih berdaya saing sedang dituntut oleh semua parti ini.

“Tetapi kerusi yang mereka tidak bertapak, tiada harapan untuk parti-parti ini (mereka katakan) ‘Ok PKR lebih baik bertanding (di sana) jika tidak anda akan membenarkan GPS menang tanpa bertanding’ dan kami terbeban dengan ini,” katanya dipetik dalam laporan portal Malaysiakini mengeluh berhubung pembahagian kerusi PRN Sarawak.

Malah, Anwar juga menyangkal dakwaan kononnya PKR tamak dalam memilih kerusi untuk bertanding di Sarawak walhal realitinya diberikan kerusi yang tidak berpeluang untuk menang.

“Rakyat menganggap PKR tamak. (Tetapi) kita merebut kerusi yang kita boleh menang, (kerusi) kategori A, tetapi kita diberi kerusi kategori F,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Anwar berkata PKR tidak mempunyai pilihan dan terpaksa akur menerima kehendak rakan parti komponen PH yang sudah memilih kerusi yang akan ditandingi mereka.

PKR Sarawak diperuntukkan 47 kerusi untuk ditandingi semasa rundingan dengan DAP awal tahun ini.

Anwar kemudiannya menuntut lebih banyak kerusi untuk bertanding, namun ditempelak DAP Sarawak dengan membidas Anwar supaya tidak memandai dalam pembahagian kerusi di negeri tersebut.

Selepas usaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi tidak membuahkan hasil, PKR sebaliknya memilih untuk bertanding sedikit kerusi saja.

Anwar berkata mereka mungkin bertanding antara 28 atau 29 kerusi sahaja kali ini, supaya jentera parti tidak terlalu kurang.

PKR sebelum ini memenangi tiga kerusi pada pilihan raya Sarawak 2016.

Bagaimanapun, semua wakil rakyat mereka berpaling tadah daripada parti tahun lepas berikutan langkah Sheraton, dengan dua Ahili Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyertai PSB, dan seorang lagi menyertai Bersatu.

Berita berkaitan
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
Bukan masa saya projek LCS diluluskan, Hishammuddin jawab isu kapal tak siap
August 5, 2022· Isu semasa
Nama pemimpin UMNO dikaitkan skandal LCS, Ketua Pemuda desak dakwa segera
August 5, 2022· Politik
Anwar perlekeh gagasan baharu Dr M, tahu bakal sekat cita-citanya jadi PM
August 4, 2022· Politik
Popular
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
8 jam lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
9 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
9 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
9 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok