PRU-15 : Annuar teringin jadi calon lagi

October 18, 2022 · Politik

Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara, Tan Sri Annuar Musa akui masih mahu menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lapor Berita Harian.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau masih mahu berkhidmat meskipun pernah tewas tiga kali daripada lapan pilihan raya ditandinginya.

“Sebagai seorang ahli politik yang menyertai lapan kali pilihan raya, iaitu tiga kali tewas serta lima kali menang, saya masih teguh berdiri dan masih lagi teringin menjadi calon.

“Kalau masuk politik ini, nak keluarnya payah,” katanya pada Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, hari ini..

Namun menurut Annuar sebarang keputusan hanya boleh ditentukan oleh ‘Top 5’ UMNO.

“Sebenarnya ramai (mahu menjadi calon), bukan saya sahaja. Kalau kita ada keinginan untuk berkhidmat maka ada keinginan untuk menjadi calon.

“Namun sama ada menjadi calon untuk mewakili mana-mana parti, partilah yang menentukan. Bukannya kita,” katanya.

Pada PRU-14, Annuar menang dengan majoriti 4,626 undi menewaskan calon PAS dan Pakatan Harapan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
56 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok