Annuar sindir Nur Jazlan tak malu perlekeh PM UMNO sendiri

June 24, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan pelbagai situasi mencabar dalam mentadbir negara, tidak seperti yang dihadapi perdana menteri lain sebelum ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, pentadbiran Perdana Menteri (PM) Ismail Sabri perlu menangani pelbagai isu antaranya mengawal wabak Covid-19, mengurus kesan kenaikan harga minyak, dan menyatukan kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU).

“Perkara ini diletakkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang berasal dari UMNO dalam keadaan yang tidak dialami oleh mana-mana PM lain.

“Jadi tidak wajar mereka dari parti PM, menjatuhkan PM yang diperakui UMNO dan mewakili UMNO.

“Tak malu ke orang parti kita sendiri cuba melemahkan PM daripada parti kita yang hanya ada 38 kerusi?,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilapor melabel Ismail Sabri sebagai PM daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

“Tidak pernah seorang Perdana Menteri UMNO selemah ini dalam sejarah negara. Senario yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika ini dilihat bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” kata Nur Jazlan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata walaupun setiap pihak bebas mengeluarkan pandangan peribadi, Nur Jazlan dilihat mempunyai kekurangan dalam membuat penilaian.

“Dia (Nur Jazlan) tiada dalam kerajaan… jadi banyak perkara yang dia tidak sedar… kerana dia tidak rapat dengan PM, banyak lagi yang dia tidak tahu, dan jika dia ada motif, dia dipengaruhi oleh kecenderungan politiknya sendiri.

“Bagaimana PM akan mewakili partinya yang hanya mempunyai 38 kerusi selain memerangi Covid-19 dan cabaran ekonomi. Kita harus membantu dan bersimpati kepadanya, bukannya membuat dakwaan tidak berasas,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Annuar turut mempersoalkan tindakan segelintir ahli UMNO yang cuba melemahkan pemimpin daripada parti mereka sendiri apabila ada yang memberi sokongan kepada kepimpinan perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata ahli-ahli UMNO sewajarnya menyokong kepimpinan Ismail Sabri selaku PM apabila berjaya memimpin negara dengan menyelesaikan pelbagai isu yang amat mencabar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan ahli parti yang memperlekehkan Perdana Menteri Kesembilan itu tidak menunjukkan semangat kepartian yang baik.

Terdahulu, Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegur Nur Jazlan, yang membuat kenyataan keras terhadap Ismail Sabri sebagai PM UMNO.

“Tidak perlu kita lemahkan parti kita dengan komen yang tidak konstruktif di khalayak dan media. Lebih baik kita mainkan peranan yang proaktif kepada parti dan beri tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat,” kata Khairy semalam.

Berita berkaitan
Desakan Bubar MPN bukti ada pemimpin hanya pentingkan politik
8 jam lalu· Rencana
Adakah adil menyalahkan kerajaan untuk sesuatu di luar kawalan mereka?
8 jam lalu· Rencana
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
9 jam lalu· Politik
Popular
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
4 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
6 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
10 jam lalu · Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
15 jam lalu · Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok