Annuar sanggah Zahid, UMNO tak boleh bergerak solo hadapi PRU-15

September 5, 2022 · Politik

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa membayangkan UMNO tidak boleh bergerak solo menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sebaliknya perlu bekerjasama dengan parti Melayu lain.

Kenyataan beliau hari ini sekali gus dilihat menyanggah keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa parti itu telah membuat keputusan untuk bergerak solo, dan menolak pelawaan PAS untuk bekerjasama.

Veteran politik yang menjadi Ahli Parlimen sejak 1995 yang juga Ketua Bahagian UMNO Ketereh itu berkata pendirian PAS yang meletakkan penyatuan ummah dan Melayu harus di lihat secara positif dan terbuka.

“Strategi PRU 15 perlu digarap rapi dan bukan atas dasar emosi, atau kepentingan diri.

“Perpaduan Melayu menjadi teras kekuatan umno selama ini. Sejak penubuhannya 1946, UMNO adalah tonggak perpaduan orang Melayu yang paling utama.

“UMNO tidak harus terjun ke PRU tanpa menyempurnakan penyatuan Melayu, apa lagi cuba bergerak solo dalam situasi politik yang sudah banyak berubah,” katanya sambil menjelaskan UMNO perlu memimpin perpaduan dan penyatuan.

Jumaat lalu (2 September 2022), Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka sekali lagi menolak kerjasama yang ditawarkan PAS bagi menghadapi pembangkang pada PRU-15 akan datang.

Zahid menuduh PAS sendiri sentiasa bermain selamat dan mandi dalam beberapa kolam menyebabkan UMNO membuat keputusan untuk bergerak solo pada PRU-15.

Kelmarin pula, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan PAS ketika ini seperti didakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding secara solo.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata peranan sebagai pemimpin akan hilang daripada UMNO jika cuba menyendiri dan tidak mengutamakan peranan asas penubuhannya, iaitu sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Menurutnya beliau mengikuti rapat muktamar tahunan PAS yang berakhir semalam dan resolusi yang diputuskan.

“PAS telah mengambil satu langkah strategik bila mengisytiharkan dasar meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya lagi.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga mengingatkan bahawa menyegerakan PRU bagi memenuhi tujuan lain, tetapi jika membawa padah, adalah satu tindakan “kamikaze” politik buat UMNO, dan perlu dielakkan.

“Kita harus membuat kajian terperinci dan objektif. Data dan hasil penyelidikan yang rapi diperlukan. Kesilapan lampau jangan berulang.

“Politik negara hanya stabil jika teras dan tiang seri politik kukuh. Teras itu berpaksikan politik orang Melayu yang mantap. Strategi musuh adalah untuk melihat politik Melayu lemah. Ia lemah bila orang Melayu berpecah.

“Perpaduan Melayu menjadi teras kekuatan UMNO selama ini. Sejak penubuhannya 1946, UMNO adalah tonggak perpaduan orang Melayu yang paling utama,” tegasnya.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
38 minit lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
47 minit lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh
5 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
UMNO pernah pecat Muhyiddin, takkan tak boleh pecat PM? soal Mukhriz
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
2 minit lalu · Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
2 jam lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
3 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
MT UMNO diberitahu Kabinet sudah maklum PRU-15: Ahmad Maslan
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
27 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok