Annuar patut perjelas isu dokumen, perjanjian lantik TPM: Isham Jalil

July 13, 2022 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO (lantikan) Isham Jalil hari ini menggesa Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi penjelasan berhubung perjanjian pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang didakwa turut ditandatanganinya.

Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak berkata Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu memberi ulasan sama ada wujud atau tidak dokumen perjanjian yang ditandatangani itu.

“Saya tidak tahu tentang perjanjian ini dan saya tidak berada dalam MT semasa ia ditandatangani. Saya ada tanya beberapa rakan ahli MT, mereka pun kata mereka tidak tahu menahu akan perjanjian ini.

“Mungkin Annuar boleh komen sama ada ia betul atau tidak, sebab pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ada sebut nama dia dan surat perjanjian yang tular itu ada tandatangan dia.

“Jika betul, saya ingin tanya… dia ada tanya parti dan MT kah semasa dia tandatangan perjanjian itu?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial dokumen berhubung perjanjian yang dimeterai antara Perdana Menteri (PM) yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Bersatu dan PAS.

Dokumen yang tular dalam platform media sosial Facebook mengesahkan terdapat terma berhubung jawatan TPM, di samping perlu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.

“Pihak-pihak bersetuju jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada Ahli Parlimen yang ditetapkan oleh Bersatu, manakala jumlah anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang diperuntukkan kepada parti-parti dikekalkan.

“Hanya perubahan portfolio akan ditentukan melalui perbincangan bersama,” menurut dokumen yang tular tersebut.

Ia sekali gus membuktikan kenyataan mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini berhubung kewujudan perjanjian tersebut adalah sahih, ia walaupun terdapat pihak-pihak yang cuba mempertikaikannya.

Perjanjian tersebut juga ditandatangani dua saksi iaitu Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Annuar.

Selain perjanjian untuk melantik TPM, turut dipersetujui adalah berhubung isu pembubaran Parlimen.

“Perdana Menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan akujanji akan mengadakan rundingan dan mencapai suatu persefahaman dengan pihak-pihak sebelum menentukan tarikh pembubaran Parlimen ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Julai 2022 atau mana-mana tarikh yang dipersetujui bersama,” menurut dokumen itu lagi.

Mengulas lanjut, Isham berkata perjanjian seperti itu bukan perkara kecil, dan ia bukan sahaja melibatkan ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan, tetapi turut juga memberi kesan besar kepada parti-parti politik dalam kerajaan, lebih-lebih lagi UMNO.

“Jika surat itu tidak betul, sila perjelaskan atau nafikan supaya ia tidak menjadi polemik di dalam parti. Akar umbi dan rakyat ingin tahu.

“Ini bukan isu yang boleh disorok di bawah karpet. Jangan khianat parti dan jangan membelakangi parti dan akar umbi UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
August 8, 2022· Isu semasa
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Tipu pinjaman wang RM5 juta, bekas pengarah syarikat hartanah didakwa
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
6 jam lalu · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
16 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
8 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok