Annuar optimis ada ruang perbaiki MN dengan PAS

April 23, 2022 · Politik

Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa yakin masih terdapat ruang kerjasama antara UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15 ) akan datang.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata oleh itu beliau tidak berputus asa dan beranggapan bahawa kebuntuan yang berlaku antara kedua-dua parti itu ketika ini hanya bersifat sementara dan jalan-jalan bagi memperkukuhkan hubungan perlu diteruskan, lapor Bernama.

“Sebagai seorang ahli politik lama dan banyak kali berlawan dengan PAS dalam PRU, saya dapati MN adalah anugerah Allah apabila UMNO dan PAS dapat bekerjasama.

Oleh itu kita tidak boleh berputus asa berusaha bagi mengekalkan hubungan silaturrahim libatkan kedua-dua parti ini walaupun pada masa ini terdapat sedikit kerenggangan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin di Kompleks PAS Negeri Perlis hari ini.

Beliau berkata adalah sayang jika MN hanya berada di pertengahan jalan dan tidak dibawa sehingga ke PRU kerana tujuannya adalah hendak kuasai PRU.

“Kita buat MN dengan tujuan hendak kuasai pilihan raya akan datang, tiba-tiba bila ada senjata yang bagus di tangan kita bagi memasuki medan perang, dicampak begitu saja,” katanya

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dalam memorandum persefahaman (MoU) MN yang dimeterai sebelum ini terdapat satu frasa bahawa sekiranya terdapat pertikaian atau masalah dalam kerjasama UMNO dan PAS perlu diselesaikan seperti piagam Madinah.

Katanya seperti piagam Madinah, jika ada sebarang pertikaian kembalilah merujuk al-Quran dan hadis sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

“Roh dan semangat itu (piagam Madinah) penting bukan hanya dalam politik tetapi dalam kehidupan kita menyelesaikan masalah dan pertelingkahan dengan kembali kepada al-Quran dan hadis,” katanya.

Sementara itu Hashim berkata beliau seolah-olah mendapat semangat dan tenaga baharu dalam usaha menyelamatkan perpaduan ummah ini selepas bertemu Annuar dan membincangkan berhubung soal itu.

“Saya berazam dengan rakan-rakan, apa pun ada halangan di hadapan kita akan teruskan perjuangan ke arah perpaduan ini (MN),” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok