Annuar nak tanding atas tiket MN, dedah sijil pendaftaran ROS

November 2, 2022 · Politik

Setelah digugurkan bagi mempertahan kerusi disandangnya sejak 2008 – Parlimen P026 Ketereh – Tan Sri Annuar Musa membayangkan akan bertanding atas tiket Muafakat Nasional (MN).

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia kerajaan sementara sekarang dilaporkan berkata beliau akan tetap bertanding di kerusi Parlimen Ketereh pada PRU-15 ini, menggunakan pentas lain.

Serentak itu beliau juga hari ini mendedahkan sijil pendaftaran MN yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2019, di mana menunjukkan beliau adalah Presiden MN.

Sebelum ini, pemimpin PAS dan UMNO – dua parti yang menyertai MN – mendakwa permuafakatan itu tidak dapat didaftar kerana nama ‘Muafakat Nasional’ telah diguna pihak lain.

Jika keputusan itu diteruskan bermakna Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh akan bertanding menentang anak didiknya sendiri Marzuani Ardila Ariffin yang juga Ketua Puteri Bahagian Ketereh. Annuar juga akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN).

Malah, tidak terhenti di situ, Annuar bakal dipecat daripada UMNO sekiranya beliau kekal bertanding dalam PRU-15 ini.

MN adalah gagasan kerjasama PAS dan UMNO yang dicetus hasil piagam yang dimeterai kedua-dua parti politik itu ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019, setelah UMNO kalah teruk dalam PRU-14 dan tidak menjadi kerajaan

Bagaimanapun, pada 13 Oktober 2022 PAS membuat keputusan terus kekal berada di dalam PN – gabungan parti politik yang ditubuhkan bersama Bersatu, Gerakan, SAPP dan STAR – sekali gus menolak syarat UMNO yang dilihat memecahbelahkan perpaduan ummah.

Annuar hari ini menegaskan bahawa ruang masih terbuka untuknya berkhidmat dan menyatukan ummah, khususnya umat Islam.

“Insya-Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah. Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa.

“Kita kuat jika bersatu padu.Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu. Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang.” tulisnya dalam catatan Facebook.

Pada masa sama beliau juga mendedahkan bahawa maklumat yang beliau terima menunjukkan anak muda menolak pemimpin dan parti yang tidak mempunyai integriti.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
13 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
27 minit lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
13 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok