Annuar Musa hanya mahu Ketereh

October 29, 2022 · Politik

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa tidak mahu berpindah kerusi sebaliknya mahu terus kekal di kawasan Parlimen Ketereh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November depan.

Penyandang kerusi itu tetap bertegas tidak akan bertanding di tempat lain selain Ketereh yang juga tempat kelahirannya, jika ditawar menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, pendirian itu sudah menjadi prinsipnya sejak dahulu lagi dan tidak berpindah walaupun pernah kalah sebelum ini.

“Saya sudah buat keputusan sejak dahulu lagi, tak mahu bertanding di tempat lain, sebab prinsip saya mahu berkhidmat di tempat saya dilahirkan, walaupun melihat orang sekarang berpindah randah.

“Cara politik adalah masing-masing. Ada sesetengah orang setiap penggal berpindah, namun saya memilih untuk menawarkan diri berkhidmat di tempat kelahiran dan UMNO bahagian yang saya pimpin.’

“Kalau nak suruh saya bertanding di Kuala Lumpur ke, kampung isteri saya ke, itu bukan prinsip saya,” katanya menurut BH..

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Peringat, hari ini (29 Oktober 2022).

Ketika ditanya sama ada beliau akan kekal bertanding di Parlimen Ketereh, Annuar berkata beliau sendiri tidak tahu dan terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Seperti yang saya kata di Ketereh kita ikut perlembagaan di mana kita di peringkat bahagian sudah mencadangkan nama calon dan diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum dirujuk kepada pusat.

“Mengikut perlembagaan jika mereka mahu memilih calon lain iaitu bukan senarai yang kita cadangkan, parti hendaklah berunding semula dengan bahagian berkenaan.

“Setakat ini tiada berunding semula dan saya kira nama yang dicadang itu dipertimbangkan. Terima atau tidak saya serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang UMNO memastikan calon dipilih pada PRU15 adalah pemimpin yang berdisiplin tinggi dan tidak besar kepala, Annuar memaklumkan pendirian itu adalah hak presiden.

“Saya fikir sebagai presiden beliau berhak menyatakan dasar yang beliau mahukan. Kita tidak ada masalah kerana apa yang penting, calon yang boleh membawa kemenangan,” katanya yang sebelum ini, dilihat agak tegas mengecam Zahid.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
14 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok