Annuar Musa antara bekas ahli UMNO yang isi borang sertai PAS

May 18, 2023 · Politik

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dilaporkan sudah mengisi borang permohonan untuk menyertai PAS bersama lebih 10 bekas pemimpin UMNO yang lain.

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengumuman penerimaan keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka akan dibuat penghujung bulan ini.

“Saya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk membuat pengumuman sahaja. Insya-Allah akhir bulan ini.

“Saya boleh mengesahkan Tan Sri Annuar Musa sudah isi borang untuk menyertai PAS dan kita akan buat pengumuman dalam waktu terdekat bersama rakan-rakan lain dalam UMNO,” katanya lapor Awani.

Tambah Takiyuddin, kesemua bekas pimpinan UMNO itu juga dipertimbangkan untuk diberikan kerusi sekiranya mereka menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Selain itu Takiyuddin yang juga Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkata pihaknya akan membawa usul berkenaan kalimah Allah di persidangan Parlimen akan datang.

Sebelum ini, keputusan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan kalimah Allah, baitullah, solat dan Kaabah dibantah pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Notis pemberhentian rayuan itu difailkan pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang penganut agama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland untuk menggunakan kalimah Allah dalam pembelajaran agamanya.

Dalam keputusannya, Hakim Nor Bee berkata arahan KDN pada 5 Disember 1986 bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘baitullah’, ‘solat’ dan ’Kaabah’ ke atas orang bukan Islam menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu· Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
39 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
7 jam lalu · Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok