Annuar mungkin sertai parti lain tanding PRU jika digugur: Laporan

November 1, 2022 · Politik

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, mungkin menyertai parti lain setelah dikatakan digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Akhbar NST memetik sumber berkata bekas ahli Parlimen Ketereh itu dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi – dipercayai sebelum hari penamaan calon pada Sabtu ini (5 November 2022).

“Ketereh ni kawasan Annuar. Dia ada ramai penyokong di situ. Kalau betul BN tak nak letak dia, memang merugikan.

“Saya dimaklumkan bahawa Annuar telah didatangi seorang pemimpin parti lain baru-baru ini untuk bertanyakan kedudukannya selepas dimaklumkan beliau tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Terdapat petanda positif dalam perbincangan mereka, tetapi Annuar memutuskan untuk menunggu dan melihat dahulu,” kata sumber itu seperti dilaporkan NST.

Sementara itu, Annuar berkata beliau hanya akan memutuskan langkah seterusnya selepas pengumuman calon oleh pemimpin BN malam ini (1 November).

“Saya tidak akan kecewa jika saya tidak diturunkan ke Ketereh. Bagi saya, karier politik saya tidak akan berakhir sekarang.

“Saya akan duduk dan fikir betul-betul, tanpa tergesa-gesa. Ada banyak pilihan. Kalau bukan salah satu parti gabungan kerajaan, ada parti politik lain di luar sana.

“Senario sudah berubah… malah PAS dan Bersatu adalah parti kerajaan dan mereka berada di bawah perdana menteri yang sama,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, seperti dilapor NST.

Annuar bagaimanapun berkata sebarang keputusan yang dibuat akan dirujuk kepada UMNO bahagian Ketereh.

“Ketereh mempunyai lebih 4,000 ahli yang akan bekerja keras untuk rakyat di kawasan itu,” tambahnya.

Ditanya sama ada beliau menerima sebarang tawaran daripada parti lain, Annuar berkata pada masa ini beliau masih tergolong dalam UMNO.

Terdahulu, Annuar mengesahkan pucuk pimpinan tertinggi UMNO telah memilih Ketua Puteri Kelantan Marzuani Ardila Ariffin untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Malah, Marzuani Ardila dalam kenyataan kepada BH juga memberitahu bahawa watikah pencalonan yang akan diserahkan bersama kertas pencalonan pada Sabtu depan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, adalah atas nama beliau, bukan Annuar.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
19 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
30 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
15 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok