Annuar dedah konspirasi terancang, cubaan kelirukan Agong gagal

November 22, 2022 · Politik

Veteran UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata proses pemilihan Perdana Menteri kesepuluh menjadi rumit disebabkan ada pihak sejak daripada awal menyiapkan ‘konspirasi terancang’.

Beliau berkata pakatan sulit yang dilakukan sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tanpa menyedari bahawa ianya menjadi kesalahan besar, tidak sah dan batal.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Annuar berkata dasar parti iaitu ‘No Anwar, No DAP yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah pengikat kepada semua ahli dan tidak boleh dirombak oleh mana-mana individu.

“Sebarang tindakan yang bercanggah dengan dasar itu adalah tidak sah dan batal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata pendirian ahli Parlimen yang dipilih untuk menentukan siapa yang mereka sokong untuk memegang jawatan Perdana Menteri mesti dibuat oleh ahli itu tanpa sebarang tekanan.

“Ahli berhak membuat keputusan mengikut dasar parti yang telah diputuskan secara sah. Sebarang dokumen lain yang cuba dimanipulasi adalah batal dan tidak sah serta tidak berperlembagaan,” katanya.

Annuar juga berkata beliau difahamkan bahawa ada pihak yang sekali lagi cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen yang bukan saja bercanggah dengan Perlembagaan Negara, malah bertentangan dengan keputusan Dewan Tertinggi BN yang baharu dibuat hari ini.

“Perbuatan untuk menjayakan Konspirasi Terancang ini amat serius dan telah melanggar dasar PAU serta keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Justeru, kita yakin pada kebijaksanaan dan sikap adil Yang di-Pertuan Agong sebagai penguasa mutlak melantik seorang Perdana Menteri.

“Masalah konspirasi yang terbongkar, tentunya akan diurus sendiri oleh UMNO dan BN. Insya-Allah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
22 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
33 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
15 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok