Annuar dakwa jurucakap PAU jadi ‘pak turut’ Zahid

March 27, 2021 · Politik

Tan Sri Annuar Musa mendakwa jurucakap semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hanya akan menuruti arahan dan menyokong keputusan yang sudah dirancang.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menuduh jurucakap yang dipilih sudah ditukar dengan orang lain dan hanya mereka yang dilantik oleh Ahmad Zahid sahaja dibenarkan bercakap pada PAU kali ini.

“Perwakilan dengar saja di Bahagian masing masing. Hanya Top 6 hadir di PWTC sebagai penonton, jurucakap yang dipilih semua sudah dibatalkan. Sudah digantikan.Hanya orang yang dilantik Presiden boleh bercakap.

“Usul Majlis Kerja Tertinggi (untuk meluluskan ucapan dasar Presiden) hanya boleh dibahas ahli MKT sahaja. Matlamatnya untuk endorse (menyokong) semua senada dan MKT luluskan ‘Keputusan MKT’… Tidak boleh tidak,” kata beliau dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

Menurut Annuar lagi, PAU kali ini menjadi medan untuk pemimpin yang berkuasa dalam parti menanam politik kebencian dikalangan ahli parti yang akan digunakan untuk menyerang sesama sendiri.

“Walhal ini lah PAU paling selamat. Keputusan semua sudah set, sepatutnya tak perlulah sampai mereka rekacerita untuk menanam benci sesama sendiri.

“Namun politik benci sudah mula mencari trademark baru bagi parti,” katanya lagi.

Annuar juga menggesa supaya perpecahan dalaman UMNO dielakkan kerana ia hanya akan menghancurkan parti tersebut kelak.

“UMNO perlu mengelak menjadi parti yang semakin berpecah kerana ini akan menghancurkan UMNO,” katanya lagi.

PAU kali dikatakan bakal ‘panas’ dan menarik minat ramai pihak termasuk penganalisis politik untuk mengikuti perkembangan dan pendirian parti itu yang telah menginjak usia 75 tahun.

Sudah pasti, selain isu memutuskan kerjasama dengan Bersatu, turut diberikan tumpuan adalah mengenai pendirian UMNO terhadap Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama PAS.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok