Annuar bidas Zahid “tak berlaku adil”, jadi punca perpecahan

March 27, 2021 · Politik

Tan Sri Annuar Musa membidas secara terbuka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan “tak berlaku adil” kerana tidak membelanya selepas dilabel sebagai pro-Bersatu hanya kerana menuruti arahan Presiden UMNO tersebut.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata Zahid mengarahkannya supaya menjadi jambatan antara UMNO dengan Bersatu dalam hubungan politik bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila beliau pula dilabel sebagai pengkhianat parti.

“Malah dalam satu pertemuan saya dengan dengan Datuk Seri Zahid saya beritahu kepada dia ‘you not been fair to me’ (awak tidak berlaku adil kepada saya), you suruh saya pergi berkomunikasi dengan Bersatu, berkomunikasi dengan Perdana Menteri, berkomunikasi dengan rakan sejawat saya Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung Bersatu.

“Akhirnya orang tuduh saya pro-Bersatu, saya kata you tidak bela saya, ini saya sebut sebab kita dalam TV, semua dengar, Datuk Seri Zahid juga dengar. Saya kata tidak adil kepada saya bila saya rapat jadi jambatan macam you kata, maka dalam melaksanakan tugas saya pula dituduh pro-Bersatu,” kata beliau dipetik dalam wawancara bersama Astro Awani.

Annuar berkata beliau hanya menjalankan tugas yang diarah Presiden, malah sudah beberapa kali cuba mengatur pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Zahid bagaimanapun ia gagal berlaku atas beberapa sebab tertentu.

“Itu yang pertama, yang kedua, boleh bertanya kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri, dua-dua masih hidup, saya berjumpa Perdana Menteri untuk merapatkan kedua-dua orang sehingga saya jemput Perdana Menteri datang makan di rumah saya untuk membolehkan saya menjemput Presiden saya makan berdua supaya mereka bincang masalah-masalah parti tanpa gangguan oleh orang lain.

“Ini boleh juga cross check, tapi malangnya perjumpaan itu tidak jadi kerana ada pihak tidak dapat hadir atau membatalkannya… itu saya cuma sebut dua contoh, tugas saya adalah membawa mesej presiden, membawa mesej parti, membawa keputusan-keputusan parti untuk disampaikan ke sebelah sana,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Annuar juga mendedahkan rundingan kerusi antara Bersatu dengan UMNO tidak berlaku kerana wujudnya ‘breakdown’ sehinggakan usaha tersebut tidak berlaku.

“Ini kali pertama saya buka ya, saya dulu bersama Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai ahli jawatankuasa perundingan kerusi.

“Kita berunding sesama sendiri dengan badan perhubungan negeri, kemudiaan saya aturkan perundingan dengan parti komponen, selepas itu atur perundingan dengan PAS, tapi dengan Bersatu tak pernah. Perundingan sebenar tidak pernah berlaku, kerana apa, kerana ada breakdown antara dua pucuk pimpinan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
2 jam lalu· Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu· Politik
Untung jadi anak papa, Wan Saiful tanya siapa lagi dilantik secara diam-diam?
January 31, 2023· Politik
Pucuk pimpinan sedia ada tak mahu berubah jadikan UMNO lebih baik: Khairy
January 31, 2023· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu · Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
5 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
6 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
1 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok