Annuar berlembut, ‘restu’ anak didik isi borang pencalonan kerusi Ketereh

November 3, 2022 · Politik

Veteran UMNO Tan Sri Annuar Musa yang digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini, memberi ‘restu’ kepada penggantinya yang juga Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia kerajaan sementara itu dalam kenyataan di Facebooknya hari ini juga meminta agar bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Ketereh terus dibuka seperti biasa.

Annuar yang sebelum ini dilaporkan berhasrat mempertahankan kerusi Ketereh walaupun tidak dicalonkan, kini kelihatan ‘berlembut’ dan tidak menyatakan sama ada sudah mengisi borang pencalonan atau tidak untuk bertanding.

“Pagi ini, anakanda saya Marzuani Ardilla (Ketua Puteri Ketereh) bertanya saya lagi, apa harus dia lakukan kerana hari ini hari mengisi borang pencalonan.

“Jawapan saya konsisten, teruskan seperti biasa, Marzuani mahu berjumpa saya pagi ini. Saya katakan ‘sempurnakan semua urusan dulu’.

“Sewaktu di panggil ke Majlis pengumuman calon BN di PWTC pun sama. Beliau minta keputusan saya dan jawapan saya sama juga. ‘Pergilah dan terimalah. Alhamdullah Ketereh tenang.

“Begitu juga pesan pada semua petugas pilihan raya, jangan gelabah, jangan tutup bilik gerakan, jangan cepat patah semangat. Kita ikuti perkembangan dengan sabar dan tabah,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon ialah pada Sabtu (5 November 2022), manakala pengundian awal pada 15 November dan hari mengundi (19 November).

Mengulas lanjut, Annuar berharap, semua pihak mengikuti perkembangan dengan tenang dan tidak melebarkan perpecahan terutama dalam kalangan rakan seperjuangan dan umat Islam.

“Ada kala kita disalah ertikan, ada kala kita difitnah dengan fitnah yang memilukan. Namun,kekal pada kebenaran dan kejujuran. Insyaallah ada hikmah di belakang dan ganjaran dihari kemudian,” ujarnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok