Annuar akui dengar cerita calon WALI UMNO mula ‘dipancung’

October 31, 2022 · Politik

Beberapa nama besar yang dianggap calon boleh menang daripada UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mewakili Barisan Nasional (BN) pada 19 November depan, dikatakan sudah ‘dipancung’.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang turut menerima maklumat bahawa calon-calon terbabit adalah mereka yang menjadi penyokong kuat Naib Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Salah seorang nama besar dalam UMNO yang telah ‘dipancung’ ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau mengesahkan malam ini (31 Oktober 2022) bahawa semua bilik gerakan pilihan raya Parlimen Arau telah ditutup.

Annuar yang dilihat salah seorang pemimpin UMNO yang kerap mengeluarkan kenyataan keras terhadap Zahid sebelum ini, turut menyatakan rasa kurang senangnya terhadap perkembangan semasa parti itu untuk menghadapi PRU-15.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau malam ini mendakwa, bakal calon BN sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu sekali gus menimbulkan pelbagai khabar angin.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut membayangkan beliau tidak termasuk dalam kalangan bakal calon yang dibawa membuat ikrar tersebut.

“Nampaknya, walau perlembagaan (UMNO) menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

“Dijanjikan juga top five diberi kuasa merundingkan (calon) bagi pihak majlis kerja tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top five mengesahkan list (senarai) itu ditapis lagi oleh high up (pihak atasan). Proses sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan itu.

BN dijangka mengumumkan calon masing-masing pada malam esok ketika pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) dan GTA sudah mula mendedahkan barisan calon mereka.

Sementara itu, Annuar berkata, janji UMNO untuk mengutamakan calon yang memiliki ciri-ciri Wali (winnable, acceptable, likeable) tidak lagi dipedulikan pucuk pimpinan.

“Namun kedengaran di sana sini banyak sudah ‘winners’ dipancung, terutama yang dekat dengan PM. Tapi itu rumours yang tidak semestinya tidak berasas,” katanya lagi.

Secara berlapik, Annuar juga mengingatkan partinya agar berhati-hati menyusun langkah serta adab seseorang yang tidak boleh meminta-minta untuk dicalonkan.

“Tak perlulah melobi-lobi. Ia satu amanah, tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti. Jika tidak, (parti) berkubur dua kali,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
14 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok