Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’

December 5, 2022 · Politik

Tunduk dan menggadai prinsip sehingga kleptokrat dalam UMNO diberikan jawatan tinggi dalam kerajaan, kini Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang berasa malu untuk mengungkap kata keramat ‘reformasi’ lagi.

MP PKR, Hassan Abdul Karim meluahkan rasa kecewa selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya tidak mempertahankan prinsip integriti demi kuasa, sebaliknya terpaksa berpaut kepada kleptokrat demi untuk memegang kuasa.

Dalam hantaran Facebook, Hassan mengimbau semula Anwar berulang kali memberikan jaminan kepada pengundi bahawa beliau “tidak akan menggadai prinsip demi kuasa.“

Hassan berkata dengan keyakinan terhadap jaminan itu, beliau memulakan perjuangan “ke setiap penjuru tanah air tercinta ini.”

“Semalam aku masih terdengar-dengar, kau berkata kita tidak akan menggadai prinsip demi kuasa. Maka, aku pun percaya.

“Tetapi hari ini aku dikejutkan dengan istilah-istilah asing sama sekali. Aku mendengar orang berkata tentang Machiavellian dan realpolitik. Lalu tersentaklah aku dari mimpi ngeri.”

Hassan turut mengungkap rasa malunya di mana beliau mengambil keputusan untuk menyimpan semua ucapan dan tulisannya yang mempromosikan reformasi, merujuk slogan politik Anwar sepanjang dua dekad melawan kerajaan yang diterajui UMNO.

Kini aku malu pada diri sendiri, aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi,” tambahnya.

“Separuh jiwaku telah mati, aku merasa tewas, ketika  menang tanpa integriti seperti ini.”

Beliau turut menggesa supaya Anwar berlaku jujur “di luar dan di dalam hati.”

Pada Jumaat lalu, Anwar mengumumkan anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), walaupun masih berdepan 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah melibatkan jutaan ringgit.

Ia diputuskan selepas Anwar beberapa kali mengulangi sepanjang kempen pilihan raya baru-baru ini bahawa kerajaan yang akan dibentuknya tidak akan memasukkan ahli politik yang terpalit skandal.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
20 minit lalu· Politik
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
3 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok