Analisis: Berani kah Khairy tanding kerusi Presiden UMNO lawan Zahid?

January 10, 2023 · Politik

Oleh Zulkiflee Bakar

Adakah Khairy Jamaluddin (KJ) akan mencabar Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi?

Persoalan itu timbul apabila Khairy secara terbuka dalam forum anjuran insitut ISEAS-Yusof Ishak di Singapura menyatakan beliau atau sekutunya yang memenangi jawatan Presiden UMNO akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Terdapat kebimbangan jika berlaku perubahan kepimpinan UMNO, ia akan mewujudkan ketidakstabilan politik yang akan mendoroang kerajaan jatuh, satu lagi Langkah Sheraton, kerajaan baru akan dibentuk dan Perdana Menteri baharu akan mengangkat sumpah,’’ katanya.

Sambil menyebut nama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang turut hadir dalam forum itu, Khairy berkata,;

‘’Loke, saya mahu menyatakan dengan jelas di hadapan semua, jika saya atau sekutu saya menang (jawatan) Presiden, kami akan komited menyokong Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim dan anda,’’ katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Khairy merupakan pemimpin yang dilihat mampu memulihkan kembali imej UMNO dan memperkukuhkan semula kuasa politik parti itu.

Beliau sebelum ini pernah bertanding jawatan Presiden tetapi tewas kepada Zahid dalam pertarungan tiga penjuru yang turut menyaksikan penyertaan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Zahid memenangi jawatan itu selepas mendapat undi daripada 99 bahagian manakala Khairy (61) dan Tengku Razaleigh (30).

Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kenyataan Khairy itu sebagai isyarat beliau akan mencuba lagi merebut jawatan berkenaan atau bergandingan dengan pemimpin lain bagi merebut jawatan tersebut dan Timbalan Presiden.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Khairy akan bergabung dengan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam pemilihan kali ini. Hishammuddin dikatakan akan mencabar Zahid manakala Khairy bertanding di kerusi Timbalan Presiden yang kini disandang Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Hasan.

Kedua-dua mereka dianggap layak untuk menerajui UMNO kerana mempunyai rekod bersih ketika menjadi menteri dan tidak mempunyai apa-apa kes mahkamah.

Walaupun setakat ini tidak ada kenyataan rasmi daripada Khairy mahupun Hishammuddin namun di peringkat akar umbi UMNO terdapat arus yang mahu perubahan dalam kepemimpinan UMNO khususnya bagi jawatan Presiden.

Majoriti mereka kecewa dengan kekalahan teruk UMNO yang hanya mampu menang 27 kerusi sahaja dalam PRU-15.Ia prestasi terburuk dalam sejarah penubuhan parti itu sejak 1946.

Biarpun UMNO kini berada dalam kerajaan namun ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana fakta yang paling penting ialah sudah dua kali parti itu ditolak oleh rakyat.

Atas sebab itulah ramai beranggapan jika UMNO masih berusaha mengekalkan kepemimpinan sedia ada , tidak mustahil dalam PRU-16 nasib parti itu akan lebih buruk.

Sehubungan itulah, kenyataan Khairy di Singapura itu mendapat perhatian ramai kerana UMNO sememangnya memerlukan pertukaran kepemimpinan tidak kiralah siapapun calon yang akan mencabar Zahid. Itulah faktanya.

KJ kata kawan baik Pak Syeikh adalah Zahid

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
February 8, 2023· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
18 minit lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
21 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
59 minit lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok