Anak Zahid buat laporan selepas kalah pemilihan Bagan Datuk, tak berpuas hati

March 13, 2023 · Politik

Laporan Jawatankuasa Pemilihan UMNO dibuat Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berhubung keputusan pemilihan di Bahagian Bagan Datuk semalam.

Anak perempuan Presiden UMNO itu tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan Bahagian Bagan Datu susulan kekalahan bagi jawatan Ketua Wanita di bahagian tersebut yang didakwa wujud unsur menyalahi undang-undang parti.

Nurulhidayah, mendakwa pelanggaran itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.

“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO,” katanya menerusi perkongsian hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan bersama kenyataan itu, yang dipercayai tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, antara lainnya mengandungi ayat berbentuk arahan, meminta supaya perwakilan Wanita UMNO di bahagian itu supaya menyokong penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa.

Biarpun tewas dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO di bahagian Bagan Datuk semalam, namun Nurulhidayah menang jawatan EXCO Wanita UMNO pusat.

UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Zahid yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
6 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok