Anak Najib akan berucap semasa taklimat dipanggil Zahid, PM ada program lain

August 27, 2022 · Politik

Taklimat Khas Presiden UMNO pada hari ini akan menyaksikan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak akan diberi peluang untuk menyampaikan ucapan, selain peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam pada itu, turut kelihatan hadir adalah peguam bela baharu Najib, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini dipilih Najib untuk mewakili semasa rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan tetapi kemudiaan disingkirkan juga pada saat akhir.

Perhimpunan raksasa yang diadakan selepas Najib disabitkan hukuman penjara 12 tahun pada Selasa lalu bagaimanapun tidak dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana perlu menghadiri program lain di kawasannya pada hari ini juga.

Semasa awal program yang berlangsung tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan Nooryana Najwa dan Shafee bakal memberi ucapan pada sesi taklimat yang diadakan di Dewan Merdeka hari ini tetapi Datin Seri Rosmah Mansor yang turut hadir tidak akan memberi sebarang ucapannya.

Menurut laporan media, semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) turut serta dalam program tersebut.

Mesyuarat Biro Politik UMNO sebelum ini antara lain menetapkan fokus topik penting yang akan disentuh pada sesi Taklimat Khas Presiden itu.

Antaranya, kesiapsiagaan yang diperlukan untuk UMNO mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) serta penjelasan lanjut susulan keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib, yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd..

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Difahamkan pada malam ini juga satu Mesyuarat MT akan diadakan juga selepas berlangsung Taklimat Khas pada petang ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok