Anak murid Anwar sakit belakang bidas lakonan Bersatu tak laku

October 22, 2021 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga anak murid kepada Presiden PKR membidas lakonan Bersatu yang mahu bekerjasama dengan UMNO sudah tidak laku lagi.

Zahid yang juga mengalami sakit belakang sama seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempersoalkan sama ada Bersatu begitu terdesak sehingga memerlukan sokongan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Mungkinkah begitu terdesak mahu mempergunakan ahli UMNO sekali lagi seperti mereka lakukan pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14)?

“Memperdaya segelintir ahli UMNO menyokong PPBM (Bersatu) dengan ‘kempen’ PPBM mahu menyelamatkan UMNO. Tetapi selepas apa yang rakyat alami dan saksikan selepas 9 Mei 2018, masih lakukah lakonan air mata mereka?” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Zahid mengulangi keputusan tidak bekerjasama dengan Bersatu sudah diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan ia merupakan tuntutan akar umbi tersebut supaya menamatkan kerjasama dengan parti tersebut.

“Saya ulangi penjelasan UMNO menolak kerjasama politik dengan PPBM merupakan keputusan parti.

“Ia keputusan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan juga oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya lagi.

Terdahulu, Zahid berkata UMNO sudah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS dan Gerakan, dalam mana-mana pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada perhimpunan lalu yang memutuskan bahawa UMNO tidak pernah akan bekerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Noktah!,” katanya tegas dengan keputusan tersebut.

Zahid juga mengulangi keyakinannya bahawa UMNO mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

“Tetapi kemenangan kita bukannya menunggang permasalahan orang lain. Kita bersandarkan kebolehan UMNO untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok