Amat berisiko jika PRU musim tengkujuh, banjir, ulang Khairy

September 23, 2022 · Politik

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi mengulangi bahawa amat berisiko untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim tengkujuh menjelang akhir tahun ini, di tengah-tengah gesaan parti dianggotainya, UMNO, supaya PRU diadakan segera.

PRU-15 perlu diadakan sebelum atau selepas musim hujan, memandangkan kebimbangan orang ramai mengenai banjir, kata Khairy ketika temu bual kumpulan media di pejabatnya di Putrajaya hari ini (Jumaat, 23 September 2022).

“Pandangan saya ialah ia diadakan sebelum banjir, atau sejurus selepas, contohnya, selepas Tahun Baru Cina,” katanya memetik laporan Bloomberg.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, PRU wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen dan sidang Dewan Rakyat yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen tersebut.

Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, PRU akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas Parlimen dibubarkan.

Ini jelas menunjukkan bahawa PRU-15 perlu diadakan sama ada pada hujung Oktober, November atau awal Disember, iaitu ketika musim tengkujuh.

PRU-15 sepatutnya tidak diadakan sehingga September 2023, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berada di bawah tekanan daripada puak dalam UMNO untuk mempercepatkannya.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat desakan kuat supaya pilihan raya disegerakan sebelum ini berkata parti itu bersedia meredah banjir jika PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Ismail Sabri mengetepikan bantahan rakyat yang tidak mahu PRU diadakan segera, sebaliknya memberitahu pemberita bahawa pilihan raya sudah dekat.

Yang pasti, pembangkang dan ahli politik yang memerintah sama-sama membantah kemungkinan PRU-15 ketika musim tengkujuh.

Banjir pada akhir tahun lalu menyebabkan ramai yang terkorban dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal, dengan kerugian keseluruhan mencecah RM6 bilion.

Namun, kebimbangan mengenai jangkaan kelembapan ekonomi global pada 2023 boleh mendorong pilihan raya awal.

“Melainkan keadaan ekonomi global berubah, banyak negara akan mula melihat pertumbuhan yang lebih sederhana tahun depan,” kata Khairy selanjutnya.

“Jadi itu pertimbangan utama untuk mengadakan pilihan raya… seperti yang saya katakan, selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.

“Sesiapa sahaja yang mentadbir negara akan memerlukan mandat baharu untuk membuat beberapa keputusan yang sangat penting, strategik dan kadang kala sukar,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid alu-alukan bekas ahli UMNO ke PAU yang turut dihadiri PMX dan DAP
24 jam lalu· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
15 minit lalu · Politik
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
1 jam lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
4 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
4 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok