Nasihat PAS kepada UMNO supaya menjadi rakan yang setia

March 24, 2021 · Politik

UMNO dinasihatkan supaya menjadi rakan yang setia dalam hubungan politik yang dibina antara PAS dan Bersatu, kata Ketua Penerangan parti Islam itu, Kamaruzaman Mohamad.

Kamaruzaman mempersoalkan sikap pimpinan UMNO yang seolah-olah tidak menghargai hubungan yang terjalin dengan rakan sekutunya dan mengabaikan persefahaman yang dipersetujui sebelum ini sehingga terbentuknya kerajaan baharu, Perikatan Nasional di Putrajaya.

“Ini rakan yang tidak setia. Berkawan hanya masa perlu. Dah tak perlu, tendang letak ke tepi.

“Kita prinsip kita nak berkawan secara jujur dengan semua orang,” beliau dipetik berkata dalam wawancara yang disiarkan Suara Merdeka.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada keputusan UMNO yang mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu yang bakal dibawa dalam Perhimpunan Agung parti tersebut hujung minggu ini.

Dalam wawancara tersebut juga, Kamaruzaman menekankan supaya kerjasama ketiga-tiga parti tersebut dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 agar kerajaan sedia ada dapat kekal terus memerintah kerajaan di Putrajaya kelak.

Terdahulu pada 26 Februari, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari itu menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Susulan keputusan tersebut, kestabilan kerajaan Perikatan Nasional (pn) yang dipimpin Muhyiddin dilihat sedikit tergugat bagaimanapun tidak semua pimpinan UMNO bersetuju dengan keputusan tersebut.

Gesa Kamaruzaman lagi, semua parti yang berada dalam PN perlu berlapang dada dan duduk kembali duduk di meja rundingan serta mencari penyelesaian yang menang-menang antara satu sama lain.

“Maka PAS melihat bahawa, untuk politik menjelang PRU, semua pihak dalam kerajaan PN perlu duduk bersama untuk meneruskan kerajaan yang ada.

“Sebab tanpa satu sahaja parti politik ini, dia akan menjejaskan keputusan PRU15 nanti,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
1 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
3 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Saya pula dipecat oleh ‘UMNO Zahid Sdn Bhd’, kata Tun Faisal
January 31, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
47 minit lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
3 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
4 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
5 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
7 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok