Amaran Hamzah: Saya pun ada banyak ‘fail’ pemimpin kerajaan

March 12, 2023 · Politik

Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) supata tidak terlalu kerap mencari kesalahan pembangkang.

Bekas Menteri Dalam Negeri kerajaan PN itu berkata beliau juga boleh mencari kesalahan pemimpin kerajaan sedia ada.

Malah beliau mendedahkan memiliki banyak ‘fail’ pemimpin kerajaan, namun menegaskan masih berfikir sama ada mahu menggunakannya atau tidak.

Ahli Parlimen Larut itu turut mengkritik tindakan kerajaan yang menafikan pendakwaan politik, namun menyasarkan PN dengan tuduhan berkaitan dana politik.

“Sesiapa sahaja boleh menderma kepada sesebuah parti jika mereka yakin dengan perjuangan parti.

“Jadi, jika anda (kerajaan) mengganggu kami, maka kami menganggapnya sebagai penganiayaan politik.

“Jangan hanya mencari kesalahan kami, saya juga boleh mencari kesalahan mereka dalam kerajaan.

“Saya adalah (bekas) Menteri Dalam Negeri dan saya juga mempunyai banyak fail, tetapi saya masih berfikir jika saya perlu menggunakannya,” katanya dalam temu bual khas bersama akhbar The Star.

Mengulas lanjut Setiausaha Agung Bersatu itu menegaskan, jika kerajaan terus mengganggu PN dan membuat mereka kecewa, tidak mustahil ‘fail-fail’ tersebut akan didedahkan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pemimpin, kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini.

Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Muhyiddin, 76, yang juga Pengerusi PN dan bekas Perdana Menteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
March 29, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
42 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
13 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
16 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
39 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok