AMANAH umum 16 calon, Salahuddin pertahan Simpang Jeram

AMANAH hari ini mengumumkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dipertaruhkan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac depan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Salahuddin meneng dikerusi itu setelah mengalahkan pencabar dari UMNO, PAS dan Bebas dengan memperoleh majoriti 7,687 undi.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga adalah Ahli Parlimen Pulai yang mengalahkan calon UMNO Nor Jazlan Mohamed, Mohd Mazri Yahya (PAS), dan Yap Keng Tak (Bebas).

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan senarai 16 calon daripada parti itu hari ini, juga memaklumkan bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat akan bertanding di DUN N.54 Pulai Sebatang.

Pada PRU-14 lalu Suhaizan bertanding di DUN kukup, tetapi kalah tipis kepada Md Othman Yusof daripada Barisan Nasional. Bagaimanapun, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Johor, beliau dilantik sebagai Speaker DUN, dan kekal hingga pentadbiran Menteri Besar UMNO, Datuk Hasni Mohammad.

Sementara itu, 14 calon AMANAH lagi yang diumumkan Mohamad Sabu hari ini ialah:

N.04 Kemelah – Dr Sulaiman Mohd Noh;

N.08 Bukit Pasir – Elia Nadira Sabudin;

N.11 Serom – Asim Abdullah Ainullotfi;

N.15 Maharani – Nor Hayati Bachok;

N.21 Parit Yaani – Aminolhuda Hassan;

N.24 Senggarang – Abdul Hamid Jamah;

N.29 Mahkota – Muhammad Taqiuddin Cheman;

N.31 Kahang – Rohani Banu Abd Rahman Krishnan;

N.32 Endau – Mohammad Fakrulradzi Mahmud;

N.34 Panti – Ahmad Daniel Shahrudin;

N.36 Sedili – Mat Khairi Samsudin;

N.38 Penawar – Norazila Sanip;

N.43 Permas – Syed Othman Syed Abdullah; dan

N.49 Kota Iskandar – Dzulkefly Ahmad.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari 2022 dan hari mengundi awal pada 8 Mac 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN itu adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 orang pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa, 10,955 orang anggota tentera dan pasangan, 11,576 orang anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

BERITA BERKAIT
POPULAR