Amanah pecat Pengerusi Kedah atas alasan ingkar arahan parti

October 30, 2022 · Politik

Parti Amanah mengambil keputusan memecat Pengerusi negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi serta-merta atas alasan mengingkari arahan parti tersebut.

Pengumuman pemecatan tersebut dibuat menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi yang dijangka menimbulkan krisis dalam parti tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hatta Ramli dalam kenyataan berkata Phahrolrazi didapati melanggar perlembagaan parti, mengingkari keputusan parti, dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

“Sehubungan itu, Ismail Salleh, timbalan pengerusi Amanah Kedah, akan menjalankan tugas-tugas pengerusi Amanah Kedah.

“Kedua-dua keputusan di atas berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam satu kenyataan menjelaskan, Phahrolrazi dipecat daripada parti kerana cuba menghasut pimpinan dan ahli Amanah Kedah agar memboikot PRU-15.

Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh parti.

“Tindakan beliau menghasut ahli dan pimpinan Amanah Kedah agar memboikot pilihan raya kali ini amat tidak wajar dan tidak boleh diterima oleh parti.

“Walaupun kita boleh berbeza pandangan dalam strategi parti dan agihan kerusi, tindakan menghasut ahli dan pemimpin agar memboikot pilihan raya amat tidak wajar dan tidak boleh diterima.

“Ianya bagaikan tindakan sabotaj dan menjejaskan kepentingan Amanah dan Pakatan Harapan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok