Amanah Negeri Sembilan tak lihat kemasukan Khairy beri nilai tambah kepada PH

February 2, 2023 · Politik

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak akan memberi nilai tambah kepada Pakatan Harapan (PH) sekiranya diterima masuk mana-mana parti dalam gabungan itu.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman menyifatkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu mempunyai kualiti yang dapat membantu memperkukuhkan PH, malah akan meletakkan gabungan itu dalam kedudukan bahaya.

“Secara peribadi, saya melihat kemasukan KJ (Khairy) sekiranya diterima pimpinan PH tidak akan menambah banyak sokongan sebaliknya meletakkan PH dalam bahaya.

“KJ bukanlah ‘party man’ (orang parti), tetapi beliau seorang populis dan sudah pasti kemasukannya sekadar untuk mencari populariti,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

MK Ibrahim juga senada dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan sebelum ini mereka juga perlu mengambil kira perasaan dan sentimen rakan dari parti gabungan itu sekiranya mahu menerima Khairy.

Untuk rekod, Khairy berdepan pertembungan dengan anak murid Anwar yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana dilihat mahu mencabar kedudukannya dalam parti.

Malahan, pemecatannya daripada UMNO juga dibuat ekoran kelantangan Khairy dalam mengkritik Zahid yang dilihat punca kekalahan utama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

MK Ibrahim bagaimanapun mengakui jika Khairy menyertai Perikatan Nasional (PN) khususnya di Negeri Sembilan, PH dan BN mungkin berdepan saingan sengit untuk mengekalkan kerajaan ini.

Justeru, beliau berpendapat PH perlu bersedia mengatur tindakan dan strategi.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
40 minit lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
24 jam lalu · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok