Amanah marah tindakan Anwar ‘hulur tengkuk kepada UMNO’

March 31, 2021 · Politik

Langkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba merapati UMNO untuk berunding bagi membentuk jajaran politik baharu tidak disenangi parti sekutunya, Amanah yang disifatkan sebagai ‘hulur tengkuk kepada UMNO’.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mempertikaikan cubaan Anwar yang masih tidak berputus asa untuk memujuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjalinkan kerjasama.

“Jadi kita kena bijak menangani keadaan ini. Jangan sampai kita serah, hulur tengkuk kepada Umno. (Pihak dalam PH kata) ‘kita tak kuat’, (tapi) kita hulur tengkuk kepada Umno pula,” ujarnya dalam bual bicara bersama Jom Channel.

Presiden PKR itu mendakwa kenyataan Zahid yang mengatakan UMNO menolak kerjasama dengan PKR dan DAP adalah satu sandiwara, seolah-olah enggan berputus asa untuk memujuk Presiden UMNO itu ke meja rundingan.

Sebaliknya, beliau menganggap ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad lalu, hanya sekadar ‘ucapan dalam satu perhimpunan’.

“Itu ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya dari Parti Keadilan.

“Saya rasa ini merujuk kepada keputusan yang lebih baik di pihak tertinggi tetapi mereka juga mempunyai mandat untuk resolusi terakhir bagi meninggalkan kerajaan PN,” katanya selepas Forum Demokrasi di Malaysia anjuran Institut Strategi Antarabangsa di ibu negara hari ini.

Malah, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan bahawa rundingan kerjasama antara UMNO dan PKR masih diteruskan.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
23 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan
July 16, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok