Amanah lapor polis gesa siasat komplot cemarkan badan kehakiman

April 29, 2022 · Politik

Susulan dakwaan wujud komplot tertinggi yang dilemparkan terhadap seorang Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Parti Amanah membuat satu laporan polis bagi menyiasat dalang disebalik serangan terhadap badan kehakiman negara itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa terdapat dalang disebalik serangan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan kerana sebelum ini menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak bersabit kes rasuah, SRC International Sdn Bhd dan merancang untuk membuat laporan polis seluruh negara.

“Adalah ironis bahawa seorang hakim yang berintegriti dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik telah dikaitkan dengan dakwaan melakukan salah laku dan menimbulkan keresahan orang ramai.

“Ini amat berbahaya dan sebab itu wakil Parti Amanah membuat laporan polis di semua negeri supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya dipetik laporan media.

Salahuddin terdahuu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baru Utara, Johor Bahru semalam.

Katanya, polis juga digesa menyiasat pihak yang bertanggungjawab membangkitkan kebencian terhadap Mohd. Nazlan dan memburuk-burukkan badan kehakiman negara.

Parti Amanah katanya, akan membuat susulan dengan pihak berkuasa mengenai langkah seterusnya selepas siasatan selesai.

“Apa yang penting ialah kita perlu membuka mata orang ramai tentang usaha pihak berkenaan untuk mengganggu kehakiman negara,” katanya.

Pada 20 April lalu, Blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa Nazlan disiasat berhubung terpalit konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib.

Menurut Raja Petra dalam portalnya Malaysia Today, Mohd. Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar dalam akaunnya.

Pada 21 April, Nazlan juga sudah membuat laporan polis berhubung satu artikel mendakwa beliau sedang disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan kesalahan terhadap Najib berhubung kes SRC, pada 28 Julai 2020.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok