AMANAH gugur keahlian ADUN, MP bantah keputusan parti

September 18, 2022 · Politik

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini (18 September 2022) meluluskan usul meminda perlembagaannya supaya mana-mana Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melanggar keputusan parti itu atau ‘whip’, tergugur keahliannya secara automatik.

Usul itu disokong dan dibahas oleh dua perwakilan dan dilulus majoriti perwakilan.

Naib Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi ketika mencadangkan berkata pindaan itu berkata ia boleh dipinda dengan memasukkan fasal baharu iaitu Fasal 6.3 dalam perlembagaan Amanah.

“… mereka (ahli yang melanggar keputusan parti) juga telah sebagai bertindak melepaskan keanggotaan daripada parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 49A(1)(a)(i) Perlembagaan Persekutuan dan juga dianggap sebagai tidak lagi menjadi anggota parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika mencadangkan usul itu pada Konvensyen AMANAH Nasional 2022 di sini hari ini.

Ia adalah antara empat usul yang diterima untuk dibahas pada konvensyen kali ini, selain usul kenaikan harga barang asas, hak warganegara Malaysia mewariskan kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara, serta pindaan retorik perjuangan Melayu Islam dan gagasan Melayu Islam bermaruah.

Ahmad Zamri berkata usul itu sebagai menyelaras Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai lalu.

“Semasa sesi penggulungan oleh YB Menteri (Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar) pada 28/7/2022, telah memberikan penjelasan kepada soalan YB Seremban (Loke Siew Fook) bahawa jika ada mana-mana ahli parti yang juga Ahli Parlimen yang melanggar keputusan parti, ingkar arahan whip, maka keanggotaannya sebagai Ahli Parlimen tidak akan terjejas melainkan jika ada peruntukan dalam perlembagaan parti itu yang menyatakan bahawa dia akan tergugur keahliannya jika berbuat demikian.

“Maknanya Ahli Parlimen itu boleh menyokong apa-apa usul atau tindakan sama ada di pihak Kerajaan atau di pihak Pembangkang, dan tindakannya itu tidak akan menjatuhkan keahliannya melainkan dia melompat atau menyertai parti itu.

“Oleh yang demikian, pindaan Perlembagaan Parti Amanah Negara perlu dibuat bagi memberi takrifan yang jelas kepada perkara itu dan bagi tujuan penyelarasan dengan pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pengarah Komunikasi AMANAH Abdul Khalid Samad ketika bangun menjelaskan mengenai usul itu berkata parti perlu menambah atau meminta perlembagaan sedia ada supaya jika ada Ahli Parlimen atau ADUN yang melanggar keputusan parti, mereka boleh dianggap mengeluarkan dirinya dari parti dan boleh dianggap melompat parti.

Selain itu konvensyen kali ini juga menerima 14 lagi usul tanpa dibahas termasuk usul gabungan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menyokong usaha pimpinan AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) menggabungkan pembangkang yang bersetuju dengan dasar PH dalam ‘khemah besar’.

Selain itu turut diterima usul pemakaian logo PH bagi PRU-15 memandangkan logo PH tidak pernah teruji pada PRU selepas gabungan itu didaftarkan secara rasmi dan disahkan selepas PRU-14. – Bernama

Berita berkaitan
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Peruntukan ADUN PAS di Pahang dihentikan selepas UMNO berkuasa di Putrajaya
September 14, 2022· Politik
Bekas ADUN UMNO dibebaskan daripada 34 pertuduhan seleweng RM318,400
September 14, 2022· Politik
Bakal sertai BN, kini Zuraida dedah beberapa MP dan ADUN akan sertai PBM
September 10, 2022· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Lagi Politik terkini
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
6 jam lalu · Politik
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
9 jam lalu · Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
10 jam lalu · Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
15 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok