Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP

November 29, 2022 · Politik

Parti Amanah bersetuju calonnya yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Keputusan parti Amanah susulan UMNO yang dahulu seteru utama pembangkang kini sudah menjadi rakan dalam kerajaan pusat selepas Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu sebagai tanda kesepakatan serta memperkukuh kerajaan perpaduan di peringkat negeri Pahang dan nasional.

“Amanah melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional (PN). Oleh demikian, Amanah yang juga sebahagian daripada parti komponen PH mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN,” katanya.

Bagi memenangkan calon mewakili kerajaan perpaduan, jentera pilihan raya PH akan bergerak bersama dalam setiap kempen BN pada pilihan raya tersebut, katanya.

PRU15 DUN Tioman berlangsung pada 7 Dis selepas ditangguhkan berikutan kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) sepatutnya berhadapan saingan lima penjuru melibatkan calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Sebelum ini, Mohd Fadzli dilaporkan bersedia memberi laluan kepada calon BN jika diarahkan pucuk pimpinan parti susulan kerjasama antara BN dan PH membentuk kerajaan negeri Pahang, selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah selepas PRU-15.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam turut menyifatkan langkah memberi laluan itu sebagai perkembangan baik, namun mengakui sehingga kini tiada perbincangan rasmi diadakan bersama PH berhubung perkara tersebut.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok