Allah saksi sumpah tolak rasuah calon Islam Perikatan Nasional, UMNO berani?

March 10, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi cabarannnya terhadap parti lawan, khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN), supaya memastikan semua calon mereka mengangkat sumpah sebagaimana dilakukan PN.

Cabaran itu dibuat bagi menunjukkan kesungguhan PN dalam rangka menawarkan sebuah kerajaan yang berintegriti, cekap dan prihatin rakyat, kepada bangsa Johor, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.

Bekas Perdana Menteri Malaysia kelapan itu berkata semua calon PN beragama Islam telah berikrar dengan menjadikan Allah sebagai saksi bahawa mereka bersumpah tidak akan terlibat dengan perkara berkaitan rasuah.

Sebagai anak kepada seorang ulama terkenal di Johor – Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad ulama terkenal sebaris dengan Tok Kenali dan Tok Selehong – Muhyiddin mengingatkan sesiapa jua pun supaya tidak bermain-main dengan sumpah yang dimulakan dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Berita berkaitan: Muhyiddin, anak ulama terkenal yang dikhianati berulang kali 

“Bila sebut sumpah, wallahi kalau orang Islam semua tahu. Jangan main-main. Sebab itu disumpah dengan nama Allah, bahawa Allah menjadi saksi.

“Itu yang Perikatan Nasional buat dengan tidak ada rasa ragu dan takut. Bila saya suruh semua mereka ini… lima puluh enam tanda tangan… yang Islam bersumpah… dan mereka ikhlas. Berjanji bersumpah menolak rasuah dan salah guna kuasa.

“Calon-calon parti lain ada buat? Kita cabar UMNO supaya buat seperti yang PN lakukan… kenapa tak buat? Siapa yang bertanding kat sini? Puad Zarkashi? Contohnya… berani dia buat (sumpah)?,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyifatkan semua calon UMNO dan Presiden parti itu tidak berani bersumpah dengan menjadikan Allah sebagai saksi bahawa mereka tidak akan terlibat dengan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Panggil semua calon-calon UMNO bersumpah di hadapan Datuk Seri Zahid Hamidi. Berani tak dia buat macam tu?

“Saya fikir yang jadi presiden tu pun tak berani nak hadir. Pasal nak angkat sumpah depan presiden. Presiden sudah terpalit dengan rasuah dan sudah dibawa ke mahkamah… belum jatuh hukum saja… sedang menghadapi 47 pertuduhan.

“Pakatan Harapan (PH) yang turut bertanding dalam pilihan raya ini… boleh tak dia buat begitu? Kenapa dia tak buat? Ada pemimpin dia menghadapi pertuduhan rasuah dan sebagainya,” katanya.

Sebaliknya Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata pemimpin PN tidak terlibat dengan rasuah dan ikrar serta sumpah yang dibuat oleh calon-calon PN menunjukkan gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan dalam PRN Johor mengutamakan integriti dalam pentadbiran.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi supaya memilih calon-calon Perikatan Nasional dalam PRN Johor 12 Mac ini bagi membolehkan terbentuknya sebuah kerajaan yang berintegriti, cekap dan prihatin rakyat ‘Demi Bangsa Johor’.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok