Akurlah dengan keputusan mahkamah, kata Muhyiddin

August 27, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tetap menjunjung kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berucap pada Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang hari ini (27 Ogos 2022) beliau menegaskan adalah tidak adil bagi mana-mana parti politik untuk menyerang badan kehakiman.

Malah, katanya parti politik sepatutnya akur dengan keputusan mahkamah walaupun ia membabitkan kepemimpinan parti itu sendiri, bukannya membuat ugutan terhadap hakim apabila pemimpin mereka dijatuhi hukuman.

“Tidak adil bagi mana-mana parti politik untuk mempersoalkan kebebasan badan kehakiman, apa lagi membuat ugutan terhadap para hakim apabila pemimpin mereka dijatuhkan hukuman.

“Akurlah dengan keputusan mahkamah,” katanya dipercayai merujuk kepada tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mempersoal keputusan Mahkamah Persekutuan yang menghantar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke penjara.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dikenakan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020, setelah mendapati Najib bersalah dalam kes RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun, pemimpin tertinggi UMNO serta ‘tentera siber’ parti itu yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan terus menerus menyerang badan kehakiman, termasuk Tengku Maimun sendiri.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata beliau menyedari terdapat garis pemisah yang amat kabur antara pendanaan politik dan rasuah.

Disebabkan itu, beliau berpandangan suatu Akta Pendanaan Politik wajar digubal bagi mewujudkan budaya politik yang bebas rasuah dan berintegriti.

Katanya, sebuah jawatankuasa di peringkat PN boleh ditubuhkan untuk mengkaji cadangan ini dengan lebih terperinci sebelum dikemukakan kepada kerajaan.

Beliau juga turut mahukan subjek transformasi politik yang bebas rasuah dan berintegriti menjadi agenda utama PN.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok