Akta Antilompat Parti, kenapa ADUN Pulau Pinang yang dipecat pun perlu kosongkan kerusi?

March 6, 2023 · Politik

Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa bersikap hipokrit dalam isu melibatkan Akta Antilompat Parti apabila tergesa-gesa membawa usul untuk mengosongkan empat buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sidang DUN hari ini.

Jika akta tersebut dipinda di peringkat Persekutuan mengecualikan ia terpakai terhadap ADUN yang dipecat parti tetapi di peringkat negeri Pulau Pinang pula lain pula ceritanya apabila wakil rakyat yang dipecat parti pula mahu diarah mengosongkan kerusi mereka.

ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim mendakwa sikap hipokrit kerajaan negeri lebih terserlah apabila Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong sebelum ini bersama Ahli Parlimen Pantai Jerejak dan Bagan bersetuju di peringkat Persekutuan dengan pindaan undang-undang lompat parti yang menetapkan mana-mana yang dipecat dari parti atau parti itu keluar dari ikatan gabungan bersama parti-parti lain tak perlu kosongkan kerusi.

Bagaimanapun katanya, di peringkat negeri mereka tidak ambil pendekatan sama malah dilihat cuba menyekat suara empat ADUN terlibat di dalam dewan.

“Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pada Ogos tahun lalu juga pernah menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan sidang khas DUN bagi membolehkan perlembagaan negeri Pulau Pinang berhubung undang-undang antilompat parti diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Namun apa yang mahu dilakukan kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini bukannya untuk menyelaras undang-undang pindaan akta lompat parti negeri selaras dengan Persekutuan tetapi diadakan bagi membincangkan usul untuk kosongkan kerusi ini… nampak tak macam mana hipokritnya mereka,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurutnya, apa yang cuba dilakukan kerajaan negeri ini hanya untuk kepentingan mereka sedangkan beliau dan tiga lagi ADUN yang terlibat tidak pernah lompat parti dan sedang menggunakan ruang undang-undang yang kini dalam proses rayuan di mahkamah.

Beliau berkata, kerajaan negeri seolah-olah tidak sabar untuk membawa usul ini ke dalam dewan bagi menyingkirkan mereka.

“Saya dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dipecat oleh parti kerana berbeza pandangan dan mungkin kami ini kritis dengan pimpinan parti… Adakah bila ada wakil rakyat yang dipecat oleh parti sahaja maka akan terpakai undang-undang atau akta lompat parti ini.

“Lebih kesian kepada dua lagi ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khalid Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) yang sebelum pilihan raya mereka adalah wakil rakyat Bersatu malah sehingga kini pun masih Bersatu… tetapi apabila parti Bersatu tidak lagi bersama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) mereka pula menjadi mangsa,” katanya lagi.

Zulkifli berkata, walaupun DUN Pulau Pinang akan dibubarkan hanya beberapa bulan lagi bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) namun kerajaan negeri dilihat masih mahu membawa usul berkenaan kononnya mahu memperlihatkan mereka berpegang pada Perlembagaan Negeri.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok