Akhirnya sekarang ‘Yes Anwar, Yes DAP’ di dalam Dewan UMNO

May 15, 2023 · Politik

Selepas berakhir konvensyen semalam yang menghimpunkan semua parti dalam kerajaan campuran, perkara paling jelas adalah Perdana Menteri (PMX) seakan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan anak muridnya dan juga UMNO.

Dalam ucapannya, Anwar Ibrahim dilihat melambung dan memberi pujian kepada anak muridnya, Ahmad Zahid Hamidi kerana sumbangan serta sokongan kepada kerajaan cikgunya itu.

Jika sebelum ini rakyat hanya mendengar menerusi perbualan telefon tular yang dinafikan bersungguh-sungguh oleh cikgu dan anak murid itu, tetapi kini mereka berdua tanpa segan silu lagi untuk mendedahkan secara terbuka.

Anwar sebelum ini memuji Zahid kerana ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 2021 dan masih segar dalam ingatan ahli parti dengan pendirian ‘No Anwar, No Bersatu dan No DAP’.

Nampaknya sekarang apa yang berlaku adalah ‘Yes Anwar dan Yes DAP’ apabila Presiden PKR itu bersama-sama dengan pemimpin DAP memenuhi segenap dewan yang sebelum ini menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli UMNO pada setiap kali persidangan.

Bangunan UMNO juga sudah menjadi pegangan ‘freehold’ apabila Anwar dan DAP sudah berjaya menjejak kaki masuk ke bangunan UMNO dengan bangganya.

Semasa ucapan Anwar, pujian melambung diberikan kepada Zahid yang dilantiknya menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun terpalit dengan 47 pertuduhan kes rasuah di mahkamah.

“Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup.

“Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO,” kata Anwar dalam ucapannya semalam.

Anwar mengakui tanpa Zahid, siapa lah dirinya sekarang dan mustahil dapat menjadi PMX jika tidak mendapat sokongan Presiden UMNO itu.

Bagaimanapun persoalannya, adakah Anwar begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan Zahid dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti?

Umum mengetahui, UMNO-Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen dalam kerajaan campuran dan bukan parti yang terkuat.

Malah, UMNO-BN juga mencatat prestasi terburuk dalam sejarah apabila gagal mendapat sokongan pengundi terasnya dikalangan orang Melayu.

Jadi, adakah dengan kerjasama UMNO-DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dapat mengembalikan sokongan orang Melayu kepada parti itu yang ditolak teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu?

Jika Anwar memuji anak muridnya, jadi tidak hairan juga apabila Zahid juga memuji Anwar dalam ucapannya semasa konvensyen semalam.

Zahid juga sedar tanpa sokongan cikgunya, apalah nasib bakal menimpanya memandangkan sedang menghadapi 47 pertuduhan kes mahkamah ketika ini.

Malah, sejak memegang jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan, Zahid juga dilihat mendapat keistimewaan apabila dipulangkan pasportnya secara kekal dan kini juga sudah memohon untuk membuang kes mahkamah walaupun sudah diarah membela diri.

Dalam keadaan Zahid juga memerlukan Anwar seperti Anwar memerlukannya, sudah pasti anak murid akan menghargai jasa cikgunya yang mengembalikan kuasanya dalam kerajaan dan parti semula.

Zahid berkata, jika dulu slogan digunakan pihak lawan BN ‘lawan tetap lawan’, kini ‘dulu lawan sekarang kawan’.

“Buat apa kita berlawan, sedangkan kita perlu terus kukuhkan Kerajaan Perpaduan,” katanya semalam.

Zahid juga menggesa untuk mempertahankan kerajaan campuran diketuai Anwar sehingga PRU-16 nanti.

“Saya menyaksikan dari Kedah ke Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu sambutan rakyat dan saya yakin, jika kita sederap membantu Anwar dan dengan adanya idealisme dasar yang baik, Insya-Allah Kerajaan Perpaduan akan melepasi PRU-16,” katanya.

Zahid berkata, jangan menoleh ke belakang dan jangan pedulikan orang yang tidak suka atau mengkritik.

“Jangan pedulikan mereka, kerana rakyat mahu Kerajaan Perpaduan maju demi mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
2 jam lalu· Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
3 jam lalu· Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
6 jam lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
6 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
7 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
10 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
10 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
11 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok