Akhirnya MIC, MCA ‘hero’ dedah Zahid cuba tipu Agong, MP UMNO ada ‘telur’?

November 23, 2022 · Politik

Akhirnya MCA dan MIC – parti komponen Barisan Nasional (BN) – juga yang memberitahu kebenaran surat dihantar presiden UMNO dan pengerusi BN Zahid Hamidi, adalah cubaan menipu Yang di-Pertuan Agong.

Sedangkan pemimpin UMNO yang sepatutnya membela Raja-Raja Melayu, masih tiada ‘telur’ untuk menceritakan hal sebenar.

Terdahulu, kepimpinan MIC dan MCA mendedahkan bahawa surat yang ditandatangani Zahid menggunakan kepala surat BN diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, seperti dikongsi bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa, adalah tulen, tetapi isi kandungannya adalah maklumat salah untuk menipu Agong.

Seperti dipetik daripada laporan Mkini, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen.

“Beliau (Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada (Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” kata Vigneswaran.

Pada pagi tadi Zahid dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bersama Setiausaha Agung BN Zambery Kadir dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beberapa jam setelah perjumpaan itu, Annuar memuat naik surat yang dikatakan diserahkan Zahid kepada Agong dalam laman Facebooknya.

Menyusul selepas kenyataan MIC, kepimpinan MCA pula mengeluarkan kenyataan mengesahkan surat itu adalah tulen tetapi isi kandungannya yang menyatakan 30 MP BN menyokong Anwar, adalah palsu.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woo dalam kenyataan hari ini (23 November 2022) berkata surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bukan ketetapan sebenar Dewan Tertinggi BN.

“(Surat itu) dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Awal hari ini, Annuar yang juga veteran UMNO berkata jika surat itu adalah percubaan menipu Yang di-Pertuan Agong, ianya adalah satu kesalahan yang amat berat, yang pernah dilakukan orang yang sama pada Oktober 2020 yang kononnya semua MP BN menyokong Anwar menjadi PM menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menggesa laporan polis dibuat supaya siasatan di atas perbuatan durjana terhadap Yang di-Pertuan Agong dapat dilakukan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
20 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
20 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
12 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok