Akhirnya Anwar isytihar aset bersih lebih RM11 juta, isteri belum

November 9, 2022 · Politik

Selepas beberapa hari hanya muncul status ‘akan dikemaskini’, akhirnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengisytiharan harta dalam portal calon hari ini.

Pengisytiharan itu dibuat selepas menerima desakan kiri dan kanan ekoran kelewatannya berbuat demikian sedangkan calon-calon partinya sudah membuat pengisytiharan lebih awal.

Namun, isterinya yang juga Pengerusi Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum berbuat demikian sehingga artikel ini ditulis.

Berdasarkan dokumen yang dimuat naik menerusi laman web PKR, aset bersih milik Pengerusi Pakatan Harapan itu dianggarkan berjumlah RM11,178,667.80 setakat 31 Oktober 2022.

Anwar memiliki aset hartanah dan kediaman bernilai RM10,350,000 membabitkan milikan tanah berserta rumah di Segambut Dalam (RM9 juta). Rumah itu sebelum ini dilaporkan dibeli dengan harga RM4.5 juta hasil jualan rumahnya di Bukit Damansara pada 2005.

Selain itu Anwar juga memiliki tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (RM50,000); Bentong, Pahang (RM300,000) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (RM1 juta).

Beliau juga mengisytiharkan aset tunai dan simpanan berjumlah RM828,667.83 di mana wang tunai di dua buah bank berjumlah RM354,812,58 dan RM100,000 sementara bakinya dalam bentuk pelaburan.

Anwar yang tidak mempunyai sebarang hutang itu turut mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson sebanyak RM21,755.69.

Terdahulu Anwar mengesahkan sudah membuat pengisytiharan harta dan menjelaskan kelewatan berbuat demikian susulan jadualnya yang padat.

Isnin lalu, aset bersih terkumpul membabitkan 80 calon PKR yang bertanding peringkat PRU15 ini adalah melebihi RM354 juta, seperti yang disiarkan calonkeadilan.org.

Bagaimanapun, apabila semakan dibuat ketika itu, dokumen dalam format PDF untuk pengisytiharan harta milik Anwar dan Wan Azizah masih belum dimuat naik.

Sebelum ini, Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan berkata, beliau akan memotong kadar gaji dan elaun Perdana Menteri jika PH diberi mandat pada PRU-15 kali ini.

Calon Parlimen Tambun itu dilaporkan berkata tidak sanggup mengambil gaji dengan keadaan ekonomi semasa ini.

Difahamkan, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janji.

Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
44 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok