Akhirnya anak murid bersama cikgu, UMNO akan bersama PH dan DAP

November 24, 2022 · Politik

Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini membuat keputusan sebulat suara mereka akan bersama Pakatan Harapan (PH) – yang turut dianggotai DAP -menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MT dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang tamat kira-kira jam 1.15 pagi ini (24 November 2022) dan menyaksikan kegembiraan dikalangan ahli parti itu apabila dapat duduk bersama DAP dan bertuankan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu berkata MT telah mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran perbincangan dengan PH dan Perikatan Nasional (PN).

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencadangkan cadangan sebuah kerajaan perpaduan dibentuk antara PH dan PN.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata MT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Zahid, Presiden UMNO, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.

Beliau juga memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2022 ini ialah pada 21 hingga 24 Disember 2022.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
59 minit lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
5 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok