Akhbar Singapura lapor pengundi Melayu masih sokong PN

July 10, 2023 · Politik

Berita Minggu Singapura melaporkan enam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini akan menyaksikan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) menerima pukulan di tangan Perikatan Nasional (PN), lapor MalaysiaNow.

Akhbar itu memetik penganalisis berpengalaman yang mengatakan sokongan pengundi Melayu masih belum beralih kepada kerajaan campuran diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata terdapat petunjuk kukuh kerajaan negeri boleh bertukar di Negeri Sembilan dan Selangor dengan saingan sengit dijangka berlaku di Selangor.

Beliau berkata sentimen semasa di Malaysia mencerminkan keadaan di tempat lain di dunia Islam.

“Ini berdasarkan pemerhatian lama berkaitan politik Malaysia, kebangkitan politik Islam di negara itu serta perkembangan sejagat khususnya kebangkitan Islam bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Turkiye dan Indonesia,” katanya.

Sementara Felo Kanan ISEAS-Institut Yusof Ishak Singapura.Norshahril Saat berkata lebih sukar untuk meramalkan keputusan pengundian kali ini susulan jajaran politik baharu meskipun tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dapat melihat pengukuhan pentadbiran PAS berikutan peralihan penyokong Umno ke arah PN.

“Pulau Pinang pula adalah kubu kuat DAP cuma bezanya adalah bagaimana rakyat negeri itu menilai kerjasama DAP dan UMNO di peringkat Persekutuan.

“Selangor dan Negeri Sembilan pula agak sukar diramal, kerana setiap gabungan parti ada kekuatan masing-masing,” katanya.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata walaupun beliau menjangkakan status quo dari segi parti yang menerajui enam kerajaan negeri namun majoriti dan kerusi dikuasai PH-BN diramal berkurangan berbanding jumlah yang dimenangi PH sebelum ini.

“Gelombang keraguan masyarakat Melayu kepada kerajaan perpaduan masih terlalu kuat.

“Ini bukan sahaja berkaitan ‘gelombang agama’ (green wave), tetapi sentimen lebih umum berkaitan kegagalan kerajaan menangani isu kos kehidupan selepas tujuh bulan serta bantahan masyarakat Melayu kepada UMNO yang dilihat terlibat dengan rasuah,” katanya

‘Gelombang hijau’ merujuk label DAP terhadap PAS untuk menggambarkan pencapaian PN dalam pilihan raya umum lalu namun dilihat sebagai menghina dan bersifat Islamofobia.

Fauzi berkata PRN ini akan menyaksikan trend selama ini berulang, apabila PAS ‘secara automatik’ akan menjadi parti pilihan mereka apabila ada rasa tidak puas hati terhadap UMNO.

BN mengalami kekalahan pilihan raya paling teruk pada PRU-15 lalu dengan PN muncul sebagai pemenang di kerusi yang secara tradisinya dimenangi UMNO.

Pemerhati melihat trend itu akan berulang pada PRN kali ini.

Tinjauan terbaharu yang diterbitkan Institut Kajian Asia Tenggara Singapura mendapati majoriti mereka yang mengundi UMNO pada pilihan raya umum lalu akan menyokong calon PN bukannya PH-BN.

Menurut tinjauan tersebut, trend berkenaan dicerminkan pada 39 kerusi majoriti Melayu di Selangor, dan menandakan berakhirnya pemerintahan 15 tahun PH di negeri terkaya Malaysia itu.

Oh, Norshahril dan Fauzi tidak menolak kesan kepada kedudukan Anwar di peringkat Persekutuan sekiranya PH-BN berakhir dengan teruk pada PRN ini.

Fauzi berkata walaupun ‘secara teori’ kerajaan Persekutuan mungkin kekal namun terdapat tekanan daripada akar umbi UMNO untuk menilai semula sokongan parti itu terhadap Anwar.

Kata Fauzi, sekiranya UMNO keluar, sokongan GPS Sarawak dan lain-lain parti di Sabah juga boleh terjejas, kerana mereka akan menilai ‘tawaran lebih baik’ yang diberikan PN.

Bagi Oh, kerajaan Anwar berisiko sekiranya berlaku kekalahan pada PRN ini.

“Ahli Parlimen individu yang kini menyokong Anwar akan berfikir dua kali memandangkan keputusan PRN.

“Mereka akan kekal dengan parti mereka sekarang supaya tidak mencetuskan undang-undang antilompat parti tetapi boleh mengisytiharkan sokongan mereka kepada pemimpin PN untuk menjadi perdana menteri.

“Jika cukup bilangan mereka berbuat demikian, Anwar akan kehilangan majoriti (Parlimen),” kata Oh.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
8 jam lalu· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok