Akar umbi UMNO sokong pembersihan dibuat Zahid, beri imej bersih

November 1, 2022 · Politik

Pelbagai spekulasi dibuat menjelang tinggal beberapa jam lagi pengumuman calon Barisan Nasional (BN) malam ini di WTC, Kuala Lumpur.

Bahang perpecahan dalaman UMNO hangat diperkatakan selepas beberapa nama tersohor atau ‘warlord’ parti tersebut yang tidak tersenarai sebagai calon selepas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil langkah tegas membuat pembersihan.

Bagaimanapun, sumber dalaman parti memaklumkan hasil tinjauan di peringkat akar umbi, rata-rata menyokong langkah Zahid tersebut bagi memberi imej lebih bersih dan segar kepada parti.

Jelas sumber tersebut, Zahid menyedari tentangan bakal dihadapinya apabila hampir semua proksi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disingkir daripada senarai calon dan langkah pencegahan awal sudah diambil dengan segera.

“Walaupun mendapat kritikan dan tentangan, namun Zahid sudah mengetahui implikasi bakal dihadapinya apabila warlord yang pro kepada Ismail Sabri tidak menjadi calon.

“Langkah pencegahan awal sudah diambil oleh orang-orang kepercayaan Zahid untuk meneutralkan keadaan… jangan risau, Presiden tahu apa yang dia buat,” kata sumber akar umbi UMNO tersebut.

Namun, sumber parti tersebut apabila ditanya sama ada Zahid bakal menjadi PM selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya berkata “tunggu dan lihat” selepas ini.

Difahamkan, pejabat PM di Putrajaya semalam dibanjiri dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian yang tidak tersenarai sebagai calon, ia sebagai usaha akhir untuk meminta Ismail Sabri campur tangan.

Sumber juga yakin akar umbi UMNO tidak berpecah walaupun nama-nama besar tidak tercalon pada PRU-15 kali ini.

“Ketegangan ini hanya untuk sementara waktu sahaja, apabila masuk hari penamaan calon dan berkempen nanti semua akan berubah.

“Penerangan akan diberikan pemimpin UMNO dan Zahid berhubung langkah menamakan calon muka baharu… lagipun ia akan memberi imej segar kepada parti untuk dilihat lebih bersih dan bebas daripada rasuah,” katanya lagi.

Terdahulu, tular satu satu senarai nama pemimpin UMNO yang dikatakan akan digugurkan dan sudah tular di media sosial.

Senarai itu membabitkan lima menteri, tiga timbalan menteri dan seorang veteran UMNO.

Mereka ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor (P095 Tanjung Karang), dan Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia – P026 Ketereh).

Senarai itu juga mengandungi nama Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan – P003 Arau); Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – P155 Tenggara); dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara – P156 Kota Tinggi).

Tiga Timbalan Menteri pula ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Komunikasi dan Multimedia – P001 Padang Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Jabatan Perdana Menteri [Tugas-Tugas Khas] – P067 Kuala Kangsar); dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Perumahan dan Kerajaan Tempatan – P086 Maran).

Dua lagi yang berada dalam senarai itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (penyandang kerusi P073 Pasir Salak); dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Pengerusi Risda – P127 Jempol).

Semua senarai itu bagaimanapun tidak dapat disahkan sehingga pengumuman sebenar dibuat, namun mereka dilihat sebagai penyokong lantang Ismail Sabri dan disifatkan mempunyai hubungan rapat dengan gabungan PN, yang membantu membentuk kerajaan sebelum ini.

Shahidan dalam kenyataan ringkas di Facebooknya malam tadi mengesahkan tidak dicalonkan dan serentak itu bekas Menteri Besar Perlis berkenaan menutup semua bilik gerakan BN di kawasan Parlimen Arau yang diwakilinya sejak 2013 lalu.

Sementara Annuar pula hari ini mengesahkan beliau tidak dijemput untuk hadir pada majlis pengumuman calon BN malam ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok