Akar umbi UMNO perlu guna kes Najib tarik simpati rakyat: Mat Maslan

September 3, 2022 · Politik

Selepas Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara selama 12 tahun, UMNO boleh menggunakan isu tersebut untuk menarik simpati rakyat bagi menyokong mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Setiausaha Agungnya berkata 70 peratus ahli UMNO berdukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Najib, ia hasil kajian dijalankan parti itu baru-baru ini dengan tidak menolak sentimen sama simpati rakyat semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara akan juga berlaku kepada bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, emosi simpati rakyat sebelum ini pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1999, apabila rakyat bersolidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan marah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami tidak mahu rakyat marah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tetapi rakyat perlu marah apabila berlaku pendakwaan politik berpilih ketika pemerintah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018/2019,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Ahmad atau dikenali sebagai Mat Maslan itu menggesa akar umbi menggunakan sentimen simpati untuk menarik sokongan kepada parti tersebut bagi memenangi PRU-15.

“Emosi marah dan simpati tidak harus disia-siakan oleh ahli-ahli UMNO kerana boleh digunakan bagi menarik simpati rakyat dengan apa yang menimpa bekas Perdana Menteri itu,” ujarnya.

Mengenai tindakan beberapa pihak mengumpul petisyen serta tandatangan ahli-ahli UMNO bagi mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pihaknya tidak menghalang usaha itu termasuk olen pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, jelas Ahmad, soal pengampunan atau sebaliknya adalah hak Yang di-Pertuan Agong dan tidak bergantung terhadap tindakan yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk menerusi petisyen.

Beliau berharap, ahli-ahli UMNO tidak patah dan lemah semangat dengan apa yang berlaku ke atas bekas Presiden UMNO itu, sebaliknya berusaha lebih keras bagi memenangi PRU-15.

“Beberapa usaha yang pernah dilakukan oleh Najib sebelum ini sewajarnya menjadi dorongan dan sokongan kepada ahli-ahli UMNO untuk terus memperkukuhkan parti pada masa akan datang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
9 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
7 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
12 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok