Akar umbi UMNO bengang Asyraf Wajdi jadi calon Parlimen Gerik

November 2, 2022 · Politik

Ramai akar umbi UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) Gerik, Perak, marah setelah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki diangkat sebagai calon bagi kerusi Parlimen mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Sebaliknya, akar umbi UMNO dan BN Parlimen berkenaan mempertikaikan apa kurangnya jika pimpinan parti memilih anak tempatan untuk mewakili tempatnya sendiri, bukannya membawa orang luar atau ‘calon payung terjun’.

Asyraf Wajdi beralih ke kerusi Parlimen Gerik yang dianggap sebagai kubu kuat BN selepas tewas pada PRU-14 ketika bertanding di Parlimen Pasir Puteh kepada calon PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh.

Untuk rekod, kerusi Gerik kosong sejak November 2020 berikutan penyandangnya sebelum ini Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kekecewaan dan kemarahan itu diluahkan menerusi satu klip video tular yang memperlihatkan akar umbi UMNO Gerik bersama kain rentang tertulis ‘menolak calon luar’ di samping menzahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO.

Seorang individu dalam video itu yang mendakwa sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian itu berkata, beliau langsung tidak dihubungi oleh mana-mana pimpinan teratas mengenai calon yang dipilih (Asyraf Wajdi) biarpun bahagian itu dikatakan menamakan 13 calon untuk dipilih sebagai calon.

“Saya Naib Ketua UMNO Bahagian langsung tidak dihubungi macam mana saya hendak menjawab dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Saya bukan hendak menghasut tetapi ini adalah ketetapan kita, nak ingatkan (supaya) tolak calon luar.

“Mengapa tidak pilih (kalangan) kita, apa kurangnya kita (calon tempatan)? Ini tempat kita, ini budaya kita, ini calon kita, betul?.

“Bukan nak menghasut tetapi penat dengan permainan ini. Kami tak sanggup dijadikan sebagai ‘tikus makmal walaupun dalam pilihan raya sebelum ini sekali pun kami di Gerik tidak pernah gagal, ” katanya dalam video itu.

Sebelum ini, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan bahawa tiada calon payung terjun BN di Perak termasuk dengan menafikan Asyraf Wajdi yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan diletakkan di kerusi Parlimen Gerik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok