Akar umbi UMNO belum pasti akan bantu calon PH di Terengganu: Laporan

May 8, 2023 · Politik

Walaupun sudah membentuk kerajaan di peringkat pusat, namun akar umbi UMNO belum pasti akan turun berkempen untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Dalam laporan Utusan Malaysia yang memetik seorang sumber pemimpin UMNO di Terengganu berkata, jentera parti itu di Terengganu masih tidak dapat menerima kerjasama UMNO dengan PH yang didalamnya terdapat DAP yang selama ini menjadi musuh tradisi.

Katanya, perkara itu sudah disuarakan dalam mesyuarat peringkat Perhubungan UMNO negeri April lalu melibatkan ketua-ketua bahagian di seluruh negeri itu.

“Semua orang tahu parti yang kuat di Pantai Timur ini ialah UMNO dan PAS sahaja. PH memang tiada dalam rekod dan menang tiada sokongan. Ramai jentera UMNO yang tidak mahu bekerja untuk calon-calon PKR dan Amanah, itu perkara yang berlaku sekarang ini.

“Ramai yang protes, keadaan akan jadi lebih tegang jika calon PKR dan Amanah menggunakan logo mereka, nak pula jentera UMNO bantu dan kibarkan bendera mereka, itu perkara yang susah untuk diterima oleh jentera di sini,” katanya dipetik laporan portal itu.

Menurut pimpinan itu lagi, calon PH berkenaan telah meminta beberapa kerusi daripada Barisan Nasional (BN) termasuk kerusi yang kalah seperti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, Bandar dan Kemaman untuk diletakkan wakil calon PKR dan Amanah.

Bagaimanapun, katanya, jalan penyelesaian sedang diperhalusi di mana perkara itu difahamkan akan dimaklumkan segera kepada Perdana Menteri, namun dalam masa yang sama meminta akar umbi UMNO dapat menerima hakikat kerjasama yang dijalinkan dengan PH khususnya.

PH Terengganu dikatakan bakal bertanding di 12 kerusi DUN dalam PRN tidak lama lagi.

Kesemua kerusi yang ditandingi PH yang melibatkan gabungan PKR dan Amanah merupakan kawasan yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu.

Difahamkan antara kerusi DUN yang bakal ditandingi PH adalah Cukai, Kemasik, Sura, Rantau Abang, Rhu Rendang, Alor Limbat, Bandar, Batu Buruk, Manir, Buluh Gading, Kota Putera dan Jabi.

Sementara itu, BN pula akan bertanding di 20 DUN termasuk 10 kerusi yang dimenangi pada PRU14.

Sebanyak 10 kerusi yang dimenangi BN itu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi, dan Kijal.

Kawasan DUN lain yang dijangka ditandingi BN adalah Bukit Tunggal, Bukit Payung, Ladang, Wakaf Mempelam, Tepuh, Paka, Pengkalan Berangan, Air Putih, Ajil dan Kuala Berang.

Bagaimanapun, peluang PH memenangi kerusi yang bakal ditandingi itu agak sukar kerana merupakan kubu PAS termasuk di kerusi Rhu Rendang yang disandang Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Namun, difahamkan BN Terengganu dikhabar mahu bertanding melebihi 20 kerusi kerana menganggap parti itu mempunyai ahli lebih ramai dan memiliki jentera pilihan raya yang lebih kuat.

Dalam pada itu, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini dilaporkan berkata, pengagihan kerusi antara BN dan PH bagi PRN negeri ini belum dimuktamadkan dan masih dalam proses perundingan.

Ahmad berkata, perbincangan antara pemimpin kedua-dua parti termasuk jumlah kerusi yang akan diserahkan kepada PH masih berlangsung.

Berita berkaitan
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
2 jam lalu· Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
2 jam lalu· Politik
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu· Isu semasa
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
6 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
6 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
7 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
9 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
10 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
9 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok