Akar umbi tolak kenyataan 140 ketua bahagian, desak pertandingan

January 12, 2023 · Politik

Ketika 140 ketua UMNO bahagian menyokong supaya dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei depan, akar umbi dan perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di ibu negara sejak semalam (11 Januari 2023), pula berbeza pandangan.

Malah ada antara mereka menyifatkan tindakan ketua-ketua bahagian yang membuat kenyataan malam tadi berhubung dua jawatan itu, dianggap tidak membawa suara akar umbi UMNO.

Kebanyakan perwakilan dan akar umbi yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, mahukan semua lima jawatan utama UMNO – presiden, timbalan dan tiga naib presiden – dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Mereka mendesak kepimpinan baharu mengambil alih semua jawatan berkenaan, khusus dalam usaha untuk memulihkan imej parti yang tercemar akibat pemimpin tertingginya dikaitkan dengan rasuah, penyelewengan dan mementingkan diri.

Malam tadi, 140 ketua UMNO bahagian menyokong agar dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang kononnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, berkata parti masih memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepemimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Semua 140 ketua bahagian ini sebulat suara menyokong dua jawatan utama UMNO tidak perlu dipertandingkan, selain berharap Ahmad Zahid dapat menerima pandangan kami ini,” katanya pada sidang media di ibu negara, malam tadi.

Bagaimanapun, perwakilan dan akar umbi yang ditemui berkata imej UMNO pada mata rakyat tercemar teruk, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kekalahan kita (UMNO) pada PRU-14 disebabkan pihak lawan menggunakan isu penyelewengan dana 1MDB oleh presiden UMNO ketika itu. Bukan seperti yang Tok Mat (Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan) katakan malam tadi, bahawa parti lawan menggunakan perang kognitif ketika PRU-15.

“Ya… perang kognitif telah bermula sebelum PRU-14 apabila skandal 1MDB terbongkar, yang kemudian mengheret beberapa pemimpin UMNO ke mahkamah. Rakyat membaca berita-berita itu semua dan membuat tanggapan bahawa UMNO jahat, mahan rasuah… tidak amanah dan lain-lain.

“Akibatnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO hilang Putrajaya dirampas Pakatan Harapan (PH). Kekalahan itu ibarat teori domino di mana, pada awalnya Najib didesak meletak jawatan tetapi enggan berbuat demikian.

“Rakyat kemudian mencantas bahagian bawah untuk menjatuhkan pucuk pimpinan. Akhirnya dalam PRU-14 kita (UMNO) kalah,” kata perwakilan dari Utara tanah air yang enggan disiarkan namanya.

Katanya demikian juga ketika PRU-15 apabila kesan daripada skandal dan penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh UMNO, termasuk oleh Zahid, yang didakwa di mahkamah.

Menurutnya Zahid tidak boleh menyalahkan pihak lawan kerana beliau sendiri telah mengambil tindakan tidak disenangi akar umbi, termasuk tidak mencalonkan pemimpin yang dianggap boleh menang.

“Akar umbi melihat ketika pemilihan calon PRU-15 lalu, Zahid menggunakan kuasa sendiri seolah-olah diktator, hanya memilih orang sendiri menjadi calon… tidak menerima calon yang dianggap boleh menang.

“Contohnya, apabila Zahid tidak mencalonkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin. Ini menjejaskan sokongan anak muda dan orang ramai kepada BN dan UMNO.

“Populariti KJ (Khairy) sebelum PRU-15 melonjak dalam kalangan rakyat kerana beliau bertanggungjawab menangani pandemik Covid-19. Beliau adalah calon boleh menang tapi kenapa awalnya tidak dicalonkan atau diberi tempat sehingga kemudiannya diletakkan di kubu buat PH,” tambah pula seorang rakannya juga perwakilan dari Utara.

Kedua-duanya berpendapat masanya telah tiba untuk kepimpinan UMNO ditukar, khususnya menjelang PRN yang bakal diadakan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, tidak lama lagi.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
5 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
3 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
15 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok