Akar umbi sedia hadapi pemilihan jika permohonan UMNO ditolak RoS

July 12, 2022 · Politik

Tinggal beberapa hari menjelang tarikh akhir 16 Julai untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memuktamadkan keputusannya terhadap permohonan dibuat UMNO sebelum ini.

UMNO kini sedang menanti dengan penuh debaran berhubung keputusan permohonan untuk menangguhkan pemilihan parti, bagaimanapun beberapa pemimpin akar umbi parti tersebut sudah bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu mereka mempunyai Pelan B sekiranya permohonan tidak diluluskan RoS tetapi tidak mendedahkan secara jelas perancangan tersebut buat masa ini.

Namun, Ahmad atau dikenali Mat Maslan itu berkata tidak menolak UMNO akan mengambil langkah seterusnya jika keadaan memaksa dan keputusan tidak memihak mereka.

Menurut laporan Utusan Malaysia, beberapa pemimpin akar umbinya menyatakan kesediaan untuk menghadapi pemilihan parti sekiranya diarahkan tetapi pada masa sama mendakwa RoS tidak berhak menolak permohonan UMNO.

Ketua Bahagian UMNO Bangi, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata mereka bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita berharap RoS membuat keputusan segera supaya tidak menunggu lama sehingga memprejudiskan kedudukan UMNO. Tempoh 18 bulan adalah sebelum Disember, jadi jangan letakkan UMNO dalam keadaan tersepit.

“Kalau RoS tolak, mereka perlu beri justifikasi yang kukuh kenapa tolak. UMNO perlu ambil tindakan drastik sama ada buat rayuan atau buat pemilihan sebelum Disember. Dalam hal ini, UMNO perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dipetik laporan.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Dr. Azhar Ahmad berkata akan akur dengan setiap keputusan parti tidak kira sama ada pemilihan parti atau pilihan raya umum (PRU) terlebih dahulu diadakan.

“Kita sentiasa bersedia, kalau kata arahan parti, esok, lusa, tulat, kita sentiasa bersedia tidak kira menghadapi pemilihan parti atau PRU dulu, tidak ada masalah.

“Kalau pemilihan dulu, mesti ada tempoh sekian-sekian yang akan diberitahu,diikuti dengan bahagian dan sebagainya.

“Cuma saya sebagai ahli parti, sentiasa akur dengan keputusan yang ditetapkan parti,” katanya.

Mei lepas, UMNO sebulat suara meluluskan Pindaan Perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU, untuk memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei, dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata RoS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

Berita berkaitan
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
43 minit lalu· Politik
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
8 jam lalu· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
14 jam lalu· Politik
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
14 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
15 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
16 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
16 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022 · Politik
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok