Ahmad Maslan ubah MT UMNO lulus tangguh pemilihan 19 Februari bukan 7 Julai

August 7, 2021 · Politik

Setiausaha Agung UMNO hari ini mendakwa keputusan penangguhan pemilihan parti itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) secara bersemuka pada 19 Februari 2021, yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Pahang.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun bertentangan dengan maklum balasnya kepada Pendaftar Pertubuhan yang mengatakan mesyuarat MT 7 Julai 2021 bersetuju menangguhkan pemilihan untuk penggal 2021/2023, sedangkan kedudukan jawatan dalam UMNO telah tidak sah selepas 30 Jun 2021.

Pendaftar Pertubuhan Jasri Kasim dalam surat kepada Setiausaha Agung UMNO itu semalam berkata pihaknya telah menerima maklum balas daripada Ahmad Maslan bertarikh 30 Julai 2021 mengenai petikan minit mesyuarat MT pada 7 Julai 2021 berhubung keputusan MT bagi penangguhan pemilihan MT, Bahagian, Cawangan, Wanita, Pemuda, dan Puteri untuk penggal 2021/2023.

Berdasarkan kepada kenyataan bahawa mesyuarat MT diadakan pada 7 Julai itu, Pendaftar Pertubuhan memaklumkan bahawa tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021, dan UMNO diarah mengadakan mesyuarat bagi memilih MT dan jawatan-jawatan lain untuk penggal 2021/2023.

Bagaimanapun Ahmad Maslan dalam kenyataan media hari ini mendakwa mesyuarat yang memutuskan supaya UMNO menangguhkan pemilihan semua jawatan untuk penggal 2021/2023 telah diadakan pada 19 Februari 2021.

Beliau mendakwa keputusan mesyuarat MT 7 Julai 2021 yang dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan melalui surat bertarikh 30 Julai 2021 itu hanyalah untuk mengesahkan keputusan MT yang dibuat terlebih awal melalui resolusi pekeliling pada 18 Jun 2021.

Beliau juga mengatakan mesyuarat MT pada 25 April 2021 membuat keputusan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan pandangan untuk melaksanakan mesyuarat dan pemilihan parti ketika pandemik Covid-19.

“MKN dan KKM telah mengesyorkan bahawa sekiranya pemilihan secara maya adalah tidak dapat dilaksanakan, maka penangguhan patut dibuat untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Pandangan pihak ROS, MKN dan KKM telahpun dimaklumkan kepada Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

“Pihak ROS juga telah memperakui penerimaan surat UMNO bertarikh 24 Jun 2021 melalui surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 (Rujukan: PPM/WKL 251/88 JLD.10(25)) yang antara lain telah menyatakan bahawa pihak ROS tidak mempunyai halangan terhadap penangguhan pemilihan parti UMNO dan keputusan ini adalah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO,” katanya.

Ahmad Maslan berkata berdasarkan pentafsiran yang diberikan oleh Peguamcara UMNO terhadap Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO adalah jelas menyatakan bahawa penangguhan pemilihan UMNO adalah kuasa mutlak MT dan oleh sebab itu, UMNO hanya perlu memaklumkan kepada pihak ROS.

“Sehubungan dengan itu, isu yang dibangkitkan oleh pihak ROS pada surat bertarikh 6 Ogos 2021 yang berpandangan bahawa tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021 adalah tidak lagi berbangkit,” katanya.

Untuk rekod terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan membabitkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO iaitu pada peringkat cawangan sebanyak 21,135 mesyuarat; Wanita (21,058 mesyuarat); Pemuda (15,496 mesyuarat); dan Puteri (8,598 mesyuarat).

Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri, yang semuanya mesti dijalankan secara serentak.

Berita berkaitan
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
4 jam lalu· Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
5 jam lalu· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
31 minit lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
4 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
10 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
11 jam lalu · Politik
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok