Ahmad Maslan nafi biro politik beri kata dua kepada Ismail Sabri

August 26, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menafikan laporan bahawa pemimpin parti itu memberi kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mesyuarat biro politik minggu ini.

Beliau sebaliknya berkata pertemuan itu, yang dilaporkan oleh beberapa media sebagai “tegang”, sebenarnya baik-baik saja.

“Saya ingin maklumkan bahawa tidak berbangkit sama sekali dalam mesyuarat biro politik memberi kata dua kepada PM @IsmailSabri60

“Mesyuarat malam Rabu 24/8 itu (yang saya juga hadiri) telah berjalan dengan baik walau suasana duka menyelubungi sebab keputusan kes DS (Datuk Seri Najib Razak),” katanya di Twitter hari ini.

Terdahulu, beberapa media memetik sumber mendakwa Ismail Sabri telah diberi kata dua supaya memecat Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta memohon pengampunan diraja untuk Najib, serta mengadakan segera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika tidak mahu dipecat dari jawatan Naib Presiden UMNO.

Memetik sumber beberapa media melaporkan suasana tegang menyelubungi mesyuarat biro politik itu dengan beberapa ahli yang hadir meninggikan suarat terhadap Perdana Menteri.

Biro politik itu, tambah sumber, tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman bekas Perdana Menteri itu berhubung kes SRC International.

Najib dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman 12 tahun pada 23 Ogos selepas gagal dalam rayuan terakhirnya berhubung RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Beberapa pemimpin UMNO secara terbuka mengkritik keputusan itu tetapi gagal menyalahkan badan kehakiman.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memanggil pemimpin bahagian parti itu ke taklimat khas di Menara Dato Onn, esok (27 Ogos).

Zahid sendiri dibicarakan atas 47 pertuduhan, iaitu 12 daripadanya kerana pecah amanah jenayah berhubung lebih RM31 juta dana yayasan amal Yayasan Akalbudi, 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dan lapan pertuduhan rasuah lebih RM21.25 juta daripada rasuah yang didakwa.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
19 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
22 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
10 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
10 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok